Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton sudah sebati dalam hidup Chong Wei: Misbun

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menyifatka­n keputusan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei kembali mewarnai sukan badminton adalah satu kejutan dan berita gembira untuk peminat di seluruh dunia.

Misbun percaya hanya kegembiraa­n di gelanggang sahaja dapat mengubati setiap kesakitan yang dihidapi oleh jaguh badminton itu yang kini telah sembuh daripada barah hidung tahap satu.

Chong Wei mengumumka­n keputusann­ya terus beraksi dalam arena badminton dan menyasarka­n penampilan kelima di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau merupakan pemenang pingat perak tiga kali berturut-turut di Olimpik bermula 2008, 2012 dan 2016.

Beliau sebelum ini berehat seketika dalam arena badminton selama empat bulan kerana perlu menjalani rawatan kanser di Taiwan dan dijangka kembali ke gelanggang pada bulan depan. — Bernama

 ??  ?? BERSAING: Ajidin (tengah) bersama sebahagian pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.
BERSAING: Ajidin (tengah) bersama sebahagian pasukan yang bertanding pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia