Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen negeri sasar 77 pingat emas pada temasya Sukan Para SUKMA Perak 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kontinjen Sarawak berikrar untuk mempertaha­nkan kejuaraan buat kali ke-13 berturut-turut pada Sukan Para SUKMA Perak 2018 yang akan berlangsun­g di Ipoh, Perak dari 21 hingga 28 November ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pada edisi kali ini Sarawak menyasarka­n kutipan sebanyak 77 pingat emas pada temasya selama lapan hari itu.

Menurutnya, sukan dwi tahunan sebelum ini dikenali sebagai Sukan Paralimpia­d Malaysia dan Sukan Orang Cacat Kebangsaan justeru temasya sukan ini bermula pada 1982 dan Sarawak mula turut serta sejak 1984.

“Sarawak telah menjuarai Sukan Para sebanyak 12 kali berturut- turut sejak 1994 (Johor), 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012, 2014 dan 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin.

Menurut Fatimah, Sarawak akan menyertai sembilan acara sukan pada edisi kali ini iaitu renang, olahraga, tenpin boling, powerlifti­ng, badminton, pingpong, catur, boccia dan memanah.

“Sarawak menghantar kontinjen seramai 305 orang terdiri daripada 178 atlet OKU, rombongan protokol dan ketua jabatan (lapan), panel pengurus pasukan, jurulatih dan pengiring (81), tenaga urus setia, pegawai perubatan dan media (38),” jelasnya.

Kontinjen Sarawak 2018 ini akan diketuai oleh Fatimah sendiri sebagai Chef De Mission dan dibantu oleh Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden sebagai Timbalan Chef De Mission.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Rosey Yunus.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Abang Johari (tengah), Fatimah (tujuh kanan), Rosey (enam kanan) dan Francis (tujuh kiri) bersama atlet-atlet Para SUKMA Sarawak dan tetamu pada kunjungan di DUN Sarawak kelmarin.
SEMOGA BERJAYA: Abang Johari (tengah), Fatimah (tujuh kanan), Rosey (enam kanan) dan Francis (tujuh kiri) bersama atlet-atlet Para SUKMA Sarawak dan tetamu pada kunjungan di DUN Sarawak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia