Utusan Borneo (Sarawak)

AXIS FC dan SSN Sarawak tempah tiket ke separuh akhir Piala Abang Johari

-

KUCHING: Juara K-League 2018, AXIS FC dan SSN Sarawak menempah tiket ke separuh akhir saingan Piala Abang Johari 2018 selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi suku akhir semalam.

Seperti diramal, AXIS FC tidak berdepan masalah mara ke kelompok empat pasukan terbaik selepas menjinakka­n Tanjung Datu Lundu dengan 4-0 pada perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Gol-gol pasukan kendalian Ideris Untong itu dijaringka­n pada oleh Izray Iffarul (minit ke- 35), Zulikhsan Salleh (minit ke-55), Shahriza Abu Bakar ( minit ke- 86) dan Mohd Syafiq Khairul Anuar (minit ke-88).

Sementara itu, SSN Sarawak membuktika­n statusnya sebagai pencabar trofi berprestij itu dengan melakarkan kemenangan besar 4-1 menundukka­n Enraz FC di Padang D, Petra Jaya di sini semalam.

Gol-gol SSN Sarawak dijaringka­n oleh Nor Azizi ( minit ke- 32), Mohd Shazwan (minit ke-50 dan ke-60) serta Abdul Rahim minit ke-52.

Manakala gol sagu hati Enraz FC dijaringka­n oleh Amirul Iqmal menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.

Petang ini, dua lagi perlawanan berlangsun­g membabitka­n pertemuan di antara KSK Satok menentang UiTM Sarawak FC di Stadium Sarawak.

Manakala Rzurf Excellent berkunjung ke Stadium Mini Lundu menentang Belia Lundu.

Kedua- dua perlawanan bermula jam 3.30 petang.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAKSI CEMERLANG: Tze Liang (tengah) bergambar bersama pesaingnya setelah meraih pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal lelaki sempena Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama BERAKSI CEMERLANG: Tze Liang (tengah) bergambar bersama pesaingnya setelah meraih pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal lelaki sempena Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
 ??  ?? LEPAS: Penyerang AXIS FC, Zulikhsan Salleh (kiri) cuba melepasi pertahanan Tanjung Datu Lundu pada perlawanan suku akhir Piala Abang Johari 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.
LEPAS: Penyerang AXIS FC, Zulikhsan Salleh (kiri) cuba melepasi pertahanan Tanjung Datu Lundu pada perlawanan suku akhir Piala Abang Johari 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia