Utusan Borneo (Sarawak)

36 pasukan menyertai Futsal Terbuka sempena 100 tahun Penjara Pusat Sibu

-

SIBU: Sebanyak 36 pasukan menyertai Kejohanan Futsal Terbuka sempena 100 tahun Penjara Pusat Sibu di sini malam kelmarin.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ajidin Salleh menyempurn­akan majlis perasmian kejohanan tersebut.

Berucap pada majlis itu, Ajidin berkata kejohanan seumpama itu mampu membina semangat kesukanan dan mendedahka­n Jabatan Penjara Malaysia kepada masyarakat.

Beliau juga berharap sepanjang kejohanan ini semua peserta dapat menunjukka­n bakat serta mendapat kenalan baharu.

“Kejohanan ini adalah salah satu usaha Jabatan Penjara Malaysia dan Pejara Negeri Sarawak menjalinka­n kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan lain serta orang awam.

“Tahniah diucapkan kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Kejohanan berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima itu adalah julung kali dianjurkan.

Hanya satu pasukan akan membawa piala kemenangan pada perlawanan akhir dijadualka­n hari ini (11 November).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia