Utusan Borneo (Sarawak)

Lima atlet PSLPNS terpilih memasuki SSTIM

-

KUCHING: Seramai lima atlet dari Persatuan Sukan Lawan Pedang Sarawak ( PSLPNS) telah terpilih untuk memasuki Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ibrahim (SSTIM) bagi sesi 2019.

Setiausaha PSLPNS, Affandi Ahmad ketika mengesahka­n tawaran SSTIM itu berkata kelima- lima atlet terbabit ialah Sean Isaac Tuis, Nichol Biely Inding dan Yasirdin Abdul Rahman dari program pembanguna­n sukan lawan pedang SK ST Columba Miri yang memasuki Tingkatan 1 di SSTMI.

Manakala dua lagi atlet terpilih ialah Clerissa Vynerquenn Udit dan Lisa May Ling dari SM St Columba, Miri memasuki Tingkatan 4 di SSTMI.

Dalam pada itu, Affandi mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan SSTIM kerana memberi peluang kepada atlet-atlet dari Sarawak mengikuti program sukan lawan pedang di sekolah tersebut.

Menurutnya, bakat kelima-lima atlet itu mendapat perhatian Jurulatih Sukan Lawan Pedang SSTIM ketika menyertai Kejohanan Lawan Pedang Piala Warisan Kebangsaan di Melaka pada Julai lalu.

“Buat masa ini, PSLPNS mempunyai seramai lebih 50 atlet sukan lawan pedang di bawah program pembanguna­n MSNS di Sibu dan berpusat di SK dan SM St Columba, Miri.

“Saya berharap dengan pemilihan lima atlet ke SSTIM nanti lebih ramai atlet berminat menyertai sukan lawan pedang di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, PSLPNS dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) menganjurk­an Klinik Asas Sukan Lawan Padang pada 14 hingga 17 Disember depan di Stadium Tertutup Miri.

Seramai 30 guru termasuk orang awam dijangka menghadiri klinik empat hari itu.

Mereka berminat boleh berhubung dengan Affandi Ahmad ( 012- 8551800), Kennedy Nuwi (MSNS Miri - 010-9809007) atau Lai Sie Loong (MSNS Sibu - 0168865953).

Dua fasilitato­r jemputan dari Persatuan Sukan Lawn Pedang Melaka, Terengganu dan Ketua Jurulatih Sukan Lawan Pedang MSNS dijangka hadir.

 ??  ?? TERPILIH: Gambar kombo menunjukka­n atlet-atlet lawan pedang Sarawak terpilih memasuki SSTMI (dari kiri) Sean, Nichol, Yasirdin, Clerissa dan Lisa.
TERPILIH: Gambar kombo menunjukka­n atlet-atlet lawan pedang Sarawak terpilih memasuki SSTMI (dari kiri) Sean, Nichol, Yasirdin, Clerissa dan Lisa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia