Utusan Borneo (Sarawak)

Tze Liang ingin timba pengalaman sebanyak mungkin

-

KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Ooi Tze Liang mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman sebelum pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula tahun depan.

Justeru, penerjun berusia 24 tahun itu, tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi pada Kejohanan Terjun FINA Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di sini walaupun tanpa cabaran penerjun elit dalam dan luar negara.

Selepas berakhirny­a Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos lalu, penerjun elit negara kebanyakan direhatkan dan hanya akan kembali menyertai kejohanan bermula tahun depan.

Bagaimanap­un, Tze Liang merupakan satu-satunya penerjun senior disenaraik­an dalam skuad negara yang kebanyakan­nya penerjun pelapis dan remaja.

Selaku penerjun senior, Tze Liang menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara 3m papan anjal individu lelaki dengan mengumpul 428.45 mata untuk mengatasi pencabar terdekat, Hrvoje Brezovac dari Croatia yang ketinggala­n 78.15 mata.

Gangsa pula menjadi milik peserta Singapura, Timothy Lee yang meraih 320.85 mata.

“Walaupun kali ini penyertaan tidak ramai tapi saya masih kena fokus dan memberi tumpuan untuk buat terjunan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini.

Mengenai persediaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, beliau perlu memberikan komitmen sepenuhnya dalam penyertaan di Kejohanan Dunia Akuatik di Gwanju, Korea Selatan, pada Julai tahun hadapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia