Utusan Borneo (Sarawak)

Bryan Cranston tidak tahu nasib White dalam filem ‘Breaking Bad’

-

DRAMA televisyen popular ‘Breaking Bad’ akan kembali dalam format filem, kata bintang siri tersebut Bryan Cranston pada Rabu lepas, tetapi ia tidak jelas sama ada wataknya yang ikonik Walter White akan kembali juga ataupun tidak.

Siri itu, yang bersiaran dari 2008 hingga 2013, menceritak­an kisah White, seorang guru sains sekolah tinggi yang bertindak balas terhadap diagnosis kanser yang boleh membawa maut dengan menjadi seorang raja dadah yang berkuasa.

Ia merupakan salah satu siri dengan reviu terbaik dalam sejarah TV dan memenangi sebanyak 16 anugerah Emmy, termasuk empat hadiah pelakon terbaik untuk Cranston, dan dua anugerah Golden Globe.

“Nampaknya ada versi filem bagi ‘Breaking Bad’ tetapi saya sejujurnya belum lagi membaca skripnya,” kata Cranston, 62, dalam The Dan Patrick Show, sebuah program radio kebangsaan.

“Jadi ada soalan mengenai sama ada kita akan melihat Walter White ataupun tidak dalam filem ini.”

Amaran jalan cerita: White mati pada hujung siri itu, yang ditayangka­n di Amerika Syarikat dalam rangkaian kabel AMC.

Walau bagaimanap­un Cranston berkata dia pasti berminat sama sekali untuk membawa balik White jika pencipta siri Vince Gilligan memintanya berbuat demikian.

“Dia seorang genius,” kata Cranston. “Saya teruja mengenainy­a kerana ia adalah ‘Breaking Bad’. Ia merupakan tempoh profesiona­l paling hebat dalam hidup saya. Saya juga tidak sabar lagi mahu melihat orang-orang itu walaupun jika saya hanya singgah untuk melakukan lawatan.”

Cranston, seorang calon Oscar untuk anugerah pelakon lelaki terbaik pada 2016 bagi kerjanya dalam biopik set Hollywood ‘Trumbo’, berkata dia percaya filemnya akan memberi peminat sedikit ketenangan bagi “sekurang-kurangnya beberapa” watak.

Beberapa saluran media di Hollywood berkata tajuk tentatif bagi projek itu adalah ‘Greenbrier’.

Pejabat Filem New Mexico mengesahka­n sebuah filem dengan tajuk yang sama, terbitan Sony, akan memulakan penggambar­an pada hujung bulan ini, dan selesai pada Februari. Siri berkenaan juga difilemkan di negeri barat daya tersebut.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas AMC berkata satu lagi sirinya yang amat popular ‘The Walking Dead’ juga akan membuat filem cereka.

Penerbitan bagi filem ‘Downton Abbey’ juga sudah bermula. — AFP

 ??  ?? BRYAN CRANSTON
BRYAN CRANSTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia