Utusan Borneo (Sarawak)

Arjaa Lee hos travelog ‘Kenali Sempadan’ di TV1, mulai 14 November ini

-

BERSAMA pengacara Arjaa Lee mengenali dan menjelajah­i sempadan negeri-negeri di Malaysia, antaranya sempadan antara negeri Selangor dan Pahang, sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dan lain-lain.

Sepanjang 13 episod siarannya, program travelog diberi tajuk ‘Kenali Sempadan’ ini turut memaparkan sejarah, mengenali keunikan dan keistimewa­an sosiobuday­a, sosioekono­mi, bentuk muka bumi juga dialek pertuturan di sesuatu kawasan termasuk di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia secara lebih dekat.

Menemui penonton mulai 14 November ini, setiap Rabu, jam 4.05 petang di TV1, ikuti perjalanan Arjaa Lee mengunjung­i Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang sebuah daerah yang bersempada­n dengan daerah Gombak di negeri Selangor.

Beliau menemubual Ketua Kampung Janda Baik mengenai asalusul perkampung­an yang pendudukny­a adalah berketurun­an Minang. Sumber ekonomi penduduk di sini berasaskan pertanian dan pelanconga­n. Pendudukny­a mengeksplo­itasi sumber alam dengan sebaiknya.

Perjalanan diteruskan ke Kodiang, Kedah dan mengunjung­i Gua Kerbau iaitu sebuah tempat kunjungan para pelancong kerana keunikanny­a.

Mengikut mitos, nama Gua Kerbau dipercayai diambil dari peristiwa seekor kerbau jantan yang menjadi batu setelah membunuh ibunya. Penduduk-penduduk di sini berasal dari keluarga diraja Kedah, Perlis atau Selatan Thailand berpanduka­n kepada pangkal kata nama iaitu Ku atau Wan.

Sementara itu mereka kemudianny­a singgah di Daerah Kerian, Perak yang bersempada­n dengan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baru, Kedah. Ia dipisahkan oleh Sungai Kerian. Majoriti penduduk Kerian terdiri daripada etnik Banjar yang berpindah dari Banjarmasi­n sekitar kurun ke 19. Kebanyakan masyarakat Banjar bekerja sebagai petani dan perladanga­n.

Kota Kuala Muda, Kedah dan Galeri Tsunami 2004 destinasi seterusnya yang mempamerka­n peristiwa bergambar bencana tsunami yang melanda Kuala Muda. Sempat merasa laksa kedah di Tanjung Dawai sambil menjamu mata di sebuah arked yang banyak menjual barangan hasil laut.

Episod berikutnya di Daerah Tanjung Malim, Perak yang bersempada­n dengan Hulu Bernam, Selangor. Kedua-dua daerah ini dipisahkan oleh Sungai Bernam. Tanjong Malim dikenali dengan jolokan bandar ilmu kerana ia mempunyai salah satu pusat pendidikan tertua di negara ini iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Hos menyeberan­gi Sungai Bernam menuju ke Hulu Bernam di negeri Selangor dan disambut dengan nyanyian hadrah oleh sekumpulan pemuda dan dipaparkan adat memijak tanah yang masih diamalkan oleh masyarakat setempat.

Perjalanan seterusnya ke Hulu Langat, Selangor dan Mantin, Negeri Sembilan. Di Hulu Langat beliau ke Kampung Sungai Jai, Beranang dan merasai masakan ikan keli salai. Di Kampung Sasapan Batu Minangkaba­u beliau disambut dengan tarian piring yang dipersemba­hkan oleh sekumpulan beliawanis dari kampung tersebut

Episod berada di Tanjung Agas di Negeri Sembilan dan Linggi di Melaka. Kedua-dua negeri dipisahkan oleh Sungai Linggi. Hos bersama beberapa orang pemancing telah memancing di bawah jambatan Linggi sambil menikmati pemandanga­n indah flora dan fauna yang terdapat di sepanjang sungai-sungai tersebut.

Di Sungai Rambai, Melaka dan Kesang, Tangkak, Johor pula kedua-dua negeri bersempada­nkan sebatang sungai iaitu Sungai Rambai. Hos telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di Sungai Rambai yang juga dikenali dengan jolokan ‘Kota Budaya Pesisir Sungai.’

Menarik di Rompin, Pahang dan Endau, Johor, kedua-dua negeri bersempada­nkan Sungai Endau. Rompin adalah pintu masuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Tanjung Gemuk. Hos telah mengadakan lawatan ke Kampung Sarang Tiong dan meneruskan perjalanan­nya ke Endau, Johor dan diberi taklimat oleh Ketua Kampung Sungai Padang mengenai sejarah Endau.

Ada juga kunjungan mereka di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang dan Gua Musang, Kelantan, yang menemu bual Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tungku mengenai sejarah dan kemudahan yang disediakan di kampung tersebut.

Sementara itu perjalanan ke Jertih, Besut, Terengganu dan Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan dimulai dengan singgah ke sebuah jeti yang digunakan untuk ke Pulau Perhentian. Beliau turut meninjau ke Desa Ukiran Kayu bekas sebuah istana lama yang dikatakan berusia 200 tahun. lstana tersebut adalah bentuk asal senibina rumah tradisiona­l Terengganu.

Tambah menarik perkongsia­n tentang pengalaman berada di Sipitang, Sabah dan Lawas, Sarawak. Beliau diberi penerangan oleh Ketua Daerah Sipitang mengenai sejarah nama Sipitang. Beliau kemudian disaji dengan sate dan kuih kalopis, dan ke Pasar Tamu Sipitang.

Di sana berbagai jenis barang diniagakan. Tamu ini menerima kunjungan bukan sahaja penduduk Sipitang tetapi juga dari Lawas dan Brunei. Di Kampung Hulu hos sempat mencuba mengemping dengan menggunaka­n lesung galang yang mengeluark­an bunyi seperti alunan muzik dan ke Kampung Mendulong bermain alat muzik bersama Kumpulan Bamboo Band.

Akhir sekali tentang perjalanan ke Lawas, Sarawak melalui Imigresen Sindumin iaitu sebuah pejabat Imigresen yang unik kerana berkongsi bangunan yang sama antara Imigresen Sabah dan Sarawak. Beliau kemudian meninjau kemudahan yang terdapat di Lapangan Terbang Lawas.

Kemudian hos dibawa ke ladang ternakan kerbau dan diberi taklimat oleh Penolong Pegawai Veterinar mengenai kaedah untuk mendapatka­n baka kerbau yang baik. Di Tamu Lawas berbagai jenis barangan diniagakan.

Pasar Tamu Lawas ini bukan sahaja menerima kunjungan penduduk tempatan malahan dari Sipitang dan Brunei. Hos ke Kampung Punang mempelajar­i bagaimana memproses ikan salai tahai dan sempat merasa beberapa jenis menu masakan ikan tersebut.

 ??  ?? CUBA: Hos Arjaa Lee lakukan rutin veterinar di stesen penternaka­n kerbau meragang Lawas.
CUBA: Hos Arjaa Lee lakukan rutin veterinar di stesen penternaka­n kerbau meragang Lawas.
 ??  ?? TERBARU: Arjaa Lee hos ‘Kenali Sempadan’.
TERBARU: Arjaa Lee hos ‘Kenali Sempadan’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia