Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Fly Jamaica Airways dalam perjalanan ke Toronto ketika ia mengalami satu masalah hidraulik sejurus berlepas

-

GEORGETOWN: Sepuluh orang telah tercedera dalam beberapa keadaan dikatakan sebagai “kekecohan” ketika sebuah pesawat Boeing membawa 126 orang, kebanyakan­nya rakyat Kanada, mendarat cemas di bandar utama Georgetown di Guyana kelmarin, tergelinci­r hingga berhenti dengan sendirinya sebelum terjatuh.

Pesawat Fly Jamaica Airways dalam perjalanan ke Toronto ketika ia mengalami satu masalah hidraulik sejurus selepas berlepas dan kembali ke lapangan terbang, terhempas dan terkeluar dari landasan, menurut Menteri Pengangkut­an David Patterson.

“Semua orang kelam-kabut, menjerit-jerit, menangis kerana takut,” menurut penumpang Invor Bedessee, menceritak­an bagaimana beberapa orang telah tercedera ketika keluar dari pesawat.

“Terdapat beberapa orang yang tercedera semasa menuruni gelongsor kecemasan atau tidak keluar dari pesawat dengan cepat, menyebabka­n orang di belakang telah menendang mereka,” beliau memberitah­u pihak penyiaran awam Kanada CBC.

“Terdapat banyak kekecohan berlaku.”

Bedessee menyatakan pelepasan telah ditangguhk­an sema kira-kira 45 minit disebabkan salah satu dari pintu bahagian kiri telah “tidak ditutup dengan baik” dan pihak kru penyelengg­araan telah dipanggil bagi memperbaik­i masalah tersebut.

Patterson menyatakan kecederaan adalah tidak membahayak­an nyawa dan mangsa yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital berhampira­n dengan lapangan terbang di pantai Atlantik di negara Amerika Selatan.

Ketua Pegawai Perubatan Guyana, Shamdeo Persaud, menyatakan lima orang dari mangsa yang tercedera telah dirujuk ke hospital lain untuk “siasatan lanjut” bagi kecederaan spina.

Seramai 118 penumpang di dalam pesawat Boeing 757- 200 termasuk 82 orang rakyat Kanada. Terdapat lapan kru dalam penerbanga­n itu.

“Sehingga sekarang, kami tidak mempunyai laporan mengenai mana-mana rakyat Kanada yang telah tercedera,” menurut jurucakap kerajaan Philip Hannan di Ottawa.

“Pegawai konsular Kanada telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Kanada sekiranya diperlukan.”

Selepas berlepas pada jam 2.10 pagi waktu tempatan, juruterban­g telah melaporkan satu masalah dengan sistem hidraulik ketika 10 minit dalam penerbanga­n.

“Kami telah terbang selama kira-kira 10, 15 minit di udara, hanya di lautan Atlantik, dan kami telah berlegar-legar kira-kira beberapa kali serta kapten mengumumka­n terdapat beberapa masalah hidraulik, dan kami terpaksa pulang ke lapangan terbang,” Bedessee memberitah­u CBC.

“Ketika kami mendarat di lapangan terbang, tayar masih lagi berpusing, ia tidak membrek, terdapat tiada brek hidraulik bagi membrek tayar dan kemudian kami terhumban keluar dari landasan,” menurut penumpang yang masih kelihatan gementar.

Gambar menunjukka­n pesawat telah mendarat di atas pasir tidak jauh dari satu kawasan cerun.

“Salah satu dari bahagian sayap tercabut dan enjin bahagian kanan telah tercabut serta kami terhempas di atas satu timbunan besar pasir di hujung sebuah cerun. Terdapat satu kejatuhan besar kirakira 30, 40 kaki di bahagian lain,” menurut Bedessee.

Seorang penduduk memberitah­u AFP bahawa beliau telah mendengar satu letupan yang kuat dan kemudian beliau keluar, beliau telah melihat asap.

“Saya melihat cahaya yang terang dan asap, mendengar bunyi siren, orang menjeritje­rit. Saya melihat pesawat terbalik pada satu sudut namun sebelum ini saya telah mendengar satu letupan yang kuat,” kata Melana Perreira Bedessee menyatakan insiden telah menyebabka­n beliau dalam keadaan “sangat terkejut dan sangat, saya tidak tahu, ketakutan.”

Pengarah Besar bagi Guyana Civil Aviation Authority, Egbert Field, menyatakan juruterban­g pesawat masih belum ditemu bual namun perakam data penerbanga­n dan perakam suara kokpit telah dikeluarka­n dari pesawat malang dan dihantar ke Amerika Syarikat untuk analisis.

“Ia telah dikeluarka­n dan akan dihantar ke National Transporta­tion Safety Board untuk penafsiran kod,” kata Field.

Pihak polis dan tentera Guyana menjaga kawasan nahas bagi pihak penyiasat memulakan tugasan mereka. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENDARAT CEMAS: Lokasi nahas pesawat Fly Jamaica kelihatan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Cheddi Jagan, Guyana kelmarin. Imej ini diperolehi dari media sosial Lapangan Terbang Antarabang­sa Cheddi Jagan.
— Gambar Reuters MENDARAT CEMAS: Lokasi nahas pesawat Fly Jamaica kelihatan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Cheddi Jagan, Guyana kelmarin. Imej ini diperolehi dari media sosial Lapangan Terbang Antarabang­sa Cheddi Jagan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia