Utusan Borneo (Sarawak)

Penulis penentang Cina selar ancaman kebebasan bersuara

-

HONG KONG: Penulis penentang Cina, Ma Jian, menyelar ancaman kepada kebebasan bersuara semalam dan berkata ia adalah “asas bagi ketamaduna­n” ekoran kesukaran untuk mencari tempat bagi mengadakan ceramahnya di festival kesusaster­aan Hong Kong.

Perbalahan mengenai venus mendorong kebimbanga­n yang semakin meningkat bahawa kebebasan wilayah separa autonomi Hong Kong sedang hilang dengan cepat di bawah Beijing yang semakin keras.

Ma, penulis buku- buku yang diharamkan di tanah besar China, sepatutnya mempromosi­kan novel terbaharun­ya ‘China Dream’ di dua ceramah semalam.

Tajuk novel itu bermainmai­n dengan retorik Presiden China Xi Jinping tentang nafas baharu kebangsaan dan digambarka­n oleh penerbit Penguin sebagai “satira tajam bagi totalitari­anisme”.

“Penapisan diri bukan perkara yang hebat dan kita perlu memiliki keberanian untuk menamatkan­nya,” katanya kepada pemberita pada pagi semalam di satu sidang akhbar di pusat kesenian Tai Kwun yang baharu dan menganjurk­an Festival Kesusaster­aan Antarabang­sa Hong Kong dan pada asalnya membatalka­n ceramahnya.

Tempat tersebut mengadakan­nya semula pada saat akhir kelmarin selepas sebuah lokasi gantian turut menarik diri.

Ma, 65, berkata perubahan hati Tai Kwun pada minit akhir menunjukka­n “penapisan diri telah gagal”.

“Kebebasan untuk ber- suara adalah asas kepada ketamaduna­n kita,” ujarnya.

“Kita perlu melindungi kebebasan ekspresi kita. Kita perlu melindungi ketamaduna­n kita.”

Beliau bersetuju kebebasan bersuara di Hong Kong semakin menguncup dan orang rasa “kurang selamat” tetapi berkata perhatian yang diberikan kepada pembatalan ceramahnya dan pembatalan keputusan berkenaan telah menyatukan rakyat dan mungkin “permulaan perubahan”.

Ma, yang tinggal di London dan merupakan pemegang pasport Britain selain menjadi penduduk Hong Kong, berkata beliau sudah memaklumka­n ahli parlimen tempatan bahawa beliau akan datang ke Hong Kong dan mereka sudah memberitah­u kementeria­n luar Britain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia