Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Palestin terbunuh semasa bertembung dengan Israel

-

KOTA GAZA: Seorang rakyat Palestin telah terbunuh akibat tembakan Israel kelmarin semasa pertembung­an di sepanjang sempadan Gaza-Israel, menurut kementeria­n kesihatan di enklaf tepi pantai yang diperintah oleh Hamas.

Rami Qahman, 28, meninggal dunia selepas ditembak di timur Rafah di Gaza dan 37 orang lagi rakyat Palestin telah ditembak dan tercedera semasa keganasan, tambah kementeria­n.

Sempadan di antara Semenanjun­g Gaza yang disekat dan Israel telah digegarkan dengan keganasan berdarah sejak 30 Mac ketika bantahan utama disokong oleh kumpulan Islam Hamas dan pertempura­n meletus di sepanjang sempadan.

Namun bagi Jumaat kedua berturut- turut, pertempura­n di sepanjang sempadan berkuranga­n kekuatanny­a berbanding dengan minggu sebelumnya, di sebalik rundingan bagi satu perjanjian di antara Hamas dan Israel.

Keganasan berbahaya muncul ketika kakitangan awam Palestin membentuk barisan panjang di Gaza kelmarin bagi menerima berjuta- juta dolar untuk gaji yang diasaskan oleh Qatar, ketika beberapa bahagian dari usaha untuk mengurangk­an ketegangan di dalam dan sekitar wilayah miskin.

Dana tersebut pada mulanya untuk menampung gaji bagi pegawai yang bekerja untuk Hamas.

Qatar turut menyatakan ia akan menyerahka­n $100 kepada setiap satu dari 50,000 keluarga miskin, termasuk jumlah yang lebih besar bagi rakyat Palestin yang tercedera dalam pertempura­n di sepanjang sempadan Gaza dengan Israel.

Pemindahan wang yang dibenarkan oleh Israel kelihatan sebagai sebahagian dari satu perjanjian yang akan melihat Hamas yang mengalami masalah kewangan menamatkan bantahan kejam selama beberapa bulan di sepanjang sempadan dalam pertukaran agar Israel meringanka­n sekatan selama sedekad ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya 221 rakyat Palestin telah terkorban akibat serangan Israel sejak akhir Mac, majoriti dari mereka ditembak semasa bantahan dan pertempura­n, sementara beberapa orang lagi telah meninggal dunia ketika serangan kereta kebal atau serangan udara.

Seorang anggota tentera Israel telah dibunuh oleh seorang penembak tepat Palestin.

Israel menyatakan tindakanny­a adalah perlu bagi mempertaha­nkan sempadan dan menghentik­an inflitrasi dan serangan, yang ia menuduh Hamas sebagai cuba untuk lakukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia