Utusan Borneo (Sarawak)

MITI laksana kajian semula pentadbira­n ke atas duti antilambak­an import CRC

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan melaksanak­an kajian semula pentadbira­n ke atas duti antilambak­an bagi import gegelung gulungan sejuk (CRC) dari China, Korea Selatan dan Vietnam.

MITI, dalam kenyataan kelmarin, berkata set soalan kaji selidik akan disediakan kepada pihak berkepenti­ngan pada 12 Nov ini manakala pihak lain yang berminat boleh meminta soalan kaji selidik itu tidak lewat daripada 19 Nov.

“Pihak berkepenti­ngan juga boleh menyediaka­n bukti sokongan tambahan kepada MITI sebelum 6 Dis ini. Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tersebut, kerajaan akan membuat penentuan akhir berdasarka­n fakta terbaik yang ada,” menurut MIITI.

Menurut MITI, berdasarka­n Akta 504 dan Peraturanp­eraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994, kerajaan akan menjalanka­n kajian semula pentadbira­n selain penentuan akhir kajian semula pentadbira­n akan dibuat dalam tempoh 180 hari daripada tarikh mula laksana itu.

Pada 11 Okt, kerajaan menerima petisyen daripada pihak berkepenti­ngan yang mahu kajian semula pentadbira­n duti anti-lambakan bagi import CRC dari China, Korea Selatan dan Vietnam dijalankan.

Ini tertakluk kepada Seksyen 28 (1)(a) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504), yang mana ia berasaskan alasan bahawa margin lambakan telah berubah dengan ketara.

Siasatan antilambak­an asal telah dijalankan pada 27 Ogos, 2015 dan duti antilambak­an afirmatif akhir telah dikenakan bagi tempoh lima tahun mulai 24 Mei, 2016 hingga 23 Mei, 2021 dengan julat dari 3.06 peratus kepada 23.78 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia