Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih E&O pada suku kedua susut kepada RM18.83 Juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) untuk suku kedua berakhir 30 Sept 2018 menyusut kepada RM18.83 juta daripada RM19.68 juta bagi suku yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan juga turun kepada RM179.39 juta berbanding RM195.88 juta sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept 2018, keuntungan bersih syarikat tersebut jatuh kepada RM32.95 juta daripada RM40.92 juta manakala perolehan naik ke- pada RM379.38 juta daripada RM369.32 juta tahun lepas.

“Ini mewakili peningkata­n RM10.064 juta atau 2.73 peratus, disumbangk­an terutamany­a oleh segmen hartanah yang merekodkan penambahan RM18.25 juta.

“Bagaimanap­un, kenaikan tersebut terjejas kerana segmen hospitalit­i yang menurun kepada RM8.487 juta berikutan penjualan E&O Express Sdn Bhd,” kata syarikat itu.

Ia berkata walaupun pasaran hartanah berdepan ketidakten­tuan dan kelemahan yang berterusan, syarikat itu mampu mengekalka­n jualan hartanah baharu pada suku semasa dengan meneruskan trend prestasi suku yang sebelumnya.

“Unjuran yang menyeluruh dalam sektor hartanah pada 2018/2019 akan terus menghadapi cabaran. Jadi kami kekal berhati-hati dan lebih teliti terhadap pelancaran yang akan dilaksanak­an untuk memenuhi permintaan pasaran semasa.

“Strategi kami pada masa depan adalah untuk mengkaji pasaran dengan berhati-hati selain menawarkan pembanguna­n yang bersesuaia­n dengan permintaan semasa dan sentimen ekonomi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Para pembeli membeli manisan di kedai Manchester Christmas Market di Manchester, utara England.
— Gambar AFP Para pembeli membeli manisan di kedai Manchester Christmas Market di Manchester, utara England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia