Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas sedang menilai kesan pembaharua­n cukai jualan oleh Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Petronas sedang menilai kesan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum pada 2019 yang diumumkan kerajaan Sarawak.

Dalam kenyataan semalam, syarikat minyak nasional itu berkata pihaknya akan terus memantau perkembang­an perkara itu selain mendapatka­n penglibata­n kerajaan persekutua­n dan negeri.

Pada 5 Nov lepas, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n cukai baharu tersebut semasa membentang­kan Belanja- wan Negeri Sarawak 2019 berjumlah RM11.9 bilion, yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri itu, di persidanga­n Dewan Undangan Negeri.

Cukai baharu itu, akan dikenakan ke atas minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja berasaskan kimia dan produk cecair hingga gas, yang dianggarka­n menjana hasil RM3.897 bilion kepada kerajaan negeri.

Susulan itu, Sarawak diunjurkan memperoleh­i hasil tertinggi dalam sejarahnya iaitu lebih RM10 bilion pada 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia