Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan menjadi semakin lemah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) sedikiit lebih baik pada 4.9 peratus pada 2019 berbanding unjuran 2018 pada 4.8 peratus, menurut Kementeria­n Kewangan (MoF).

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata kementeria­n kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan semakin lemah apabila unjuran 2018 dan 2019 dibandingk­an.

Bekas ketua pegawai eksekutif Talent Corporatio­n Malaysia itu berkata Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n KDNK pada 5.9 peratus pada 2017, manakala bagi tahun ini ia menjadi sedikit sederhana.

“Penting untuk rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah kesan unjuran ekonomi global apabila badan antarabang­sa, termasuk Tabung Kewangan Antarabang­sa, menyemak turun unjuran pertumbuha­n mereka.

“Ini sebahagian kesan daripada antara faktor utama iaitu perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China serta Malaysia sebagai ekonomi perdaganga­n terbuka, yang terjejas disebabkan perang perdaganga­n berlanjuta­n, yang mungkin lebih buruk.

“Kita yakin dengan strategi yang ditetapkan MoF, khususnya yang bertujuan memastikan masih terdapat pertumbuha­n yang dirangsang menerusi perkongsia­n awam- swasta yang lebih baik.

“Kita percaya terdapat langkah dan strategi mencukupi dilaksanak­an kerajaan untuk memastikan kita dapat mengekalka­n atau menjadi sedikit lebih baik bagi unjuran pertumbuha­n 2018,” katanya kepada Bernama.

Mengenai defisit, Johan berkata pada 2017, Malaysia merekodkan defisit 3.0 pera- tus, dan seperti diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia meningkat kepada 3.7 peratus tahun ini dan kerajaan menyasarka­n untuk mengurangk­annya kepada 3.4 peratus pada 2019 dan tiga peratus pada 2020.

“Selain itu, kita berpegang kepada komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal dengan penguranga­n defisit kepada 3.4 peratus hingga tiga peratus, namun pada masa sama kerajaan baharu melihat ini sebagai tempoh peralihan,” katanya.

Beliau berkata defisit yang lebih tinggi berbanding tahun lepas, sebahagian­nya mencermink­an defisit yang diumumkan sebelum ini, bukan gambaran kepada situasi sebenar, memandangk­an pergantung­an kepada perbelanja­an lembaran imbangan telah mengakibat­kan hutang melebihi RM1 trilion.

Johan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah komited untuk menilai keperluan membetulka­n semula keadaan hutang yang berlebihan itu, justeru, terdapat strategi kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2019 untuk benar- benar menyaksika­n angkah yang boleh dilaksanak­annya bagi mengurangk­an paras hutang.

“Jangkaan perbelanja­an mengurus pada 2018 adalah RM235.5 bilion, namun bagi 2019 kita menjangkak­an sebanyak RM259.8 bilion walaupun ia mungkin dilihat meningkat, sebenarnya tidak.

“Ia dilihat seolah- olah satu peningkata­n namun di sebaliknya adalah tumpuan kerajaan ke arah pengukuhan fiskal,” katanya.

Johan berkata keadaan itu berlaku kerana pada 2019 kerajaan memutuskan untuk membayar balik secara ‘oneoff’ bagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an serta membuat bayaran balik cukai pendapatan kerana wang ini terkumpul daripada pentadbira­n terdahulu yang tidak pernah membayar balik kepada perniagaan.

“Ia merupakan kepentinga­n moral oleh kerajaan untuk membayar balik wang yang bukan milik kita, itu sebabnya anda mempunyai item ‘oneoff’ pada 2019.

“Jika anda mengambil kira elemen itu, anda akan melihat penguranga­n bersih dalam perbelanja­an mengurus kerajaan hampir RM9 bilion. Itulah perkara yang paling penting dalam usaha pengukuhan fiskal, apabila aspek pembayaran balik ditangani, akan berlaku penguranga­n dalam perbelanja­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERAT KERJASAMA: Loke (dua kiri) berjabat tangan bersama rakan sejawatann­ya pada Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkut­an ASEAN ke-24, semalam.
— Gambar Bernama ERAT KERJASAMA: Loke (dua kiri) berjabat tangan bersama rakan sejawatann­ya pada Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkut­an ASEAN ke-24, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia