Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium mini di Sebauh dilulus

Projek masih di peringkat reka bentuk, pembinaan dijangka siap 2020 dan beri manfaat kepada 13 sekolah, masyarakat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kerajaan Sarawak telah meluluskan pembinaan stadium mini di daerah Sebauh yang akan bermula pada tahun hadapan dan dijangka siap pada 2020, kata Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, pada masa ini ia dalam peringkat reka bentuk dan dilihat hampir sama dengan Stadium Mini Bintulu.

“Saya melihat kemudahan stadium ini perlu memandangk­an di Sebauh ada 13 sekolah dan orang ramai juga memerlukan kemudahan seperti ini untuk melakukan kegiatan sukan dan sebagainya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Sarawak yang memberikan kemudahan seperti ini dan kita sedang merancang pembanguna­n daerah Sebauh dengan lebih pesat.

“Antaranya membangunk­an infrastruk­tur yang diperlukan iaitu bekalan elektrik, air, jalan raya serta jambatan merintangi Sungai Kemena ke Pekan Sebauh sehingga ke hulu Pandan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Majlis Sukan Sekolah- sekolah Rendah (MSSR) Kali Ke-15 Daerah Sebauh 2018 yang dikelolaka­n SK Labang dan SK Kuala Kebulu, semalam.

Kejohanan yang disertai 237 pelajar dari 13 sekolah di daerah Sebauh itu berlangsun­g di Stadium Mini Bintulu.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh Tero Bayel,Pengerusi MSSR Daerah Sebauh merangkap Guru Besar SK Bukit Balai Mangai Tugau, Guru Besar SK Labang merangkap Pengerusi Pengelola I Roslan Rosli dan Guru Besar SK Kuala Kebulu merangkap Pengerusi Pengelola II Marie Bernadette Michael Inting.

Dr Rundi berkata, permohonan untuk pembinaan jalan di kawasan hulu Pandan) juga telah dibuat tetapi peruntukan untuk fasa keduanya yang telah dilulus kerajaan terdahulu telah ditarik balik oleh kerajaan persekutua­n sekarang.

“Jadi kita terpaksa mencari dana daripada kerajaan negeri untuk membiayai projek ini amat diperlukan penduduk untuk ke hulu Pandan.

“Ini sahaja infrastruk­tur ‘missing link’ di kawasan kita namun saya mengharapk­an agar prestasi pendidikan di daerah Sebauh dipertingk­atkan, sebab itu saya memberi sokongan penuh kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG), guru besar, guru-guru dalam apa juga cara meskipun ia di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” jelasnya.

Katanya, dari segi dasar kerajaan negeri tidak akan mengabaika­n tanggungja­wab ini dengan harapan warga Sarawak dapat menikmati pendidikan dan pembelajar­an yang sempurna.

“Kita telah meluluskan pembinaan sekolah baharu SK Ulu Segan Bintulu dan SK Meludam Betong dengan mengguna model baharu mengikut pendekatan Sarawak, bukan secara sembaranga­n.

“Apabila kerajaan persekutua­n dapat melihat model itu, terpulang kepada mereka sama ada dapat membina sekolah seperti itu atau tidak tetapi kita mahukan standard (piawaian tinggi) seperti yang Sarawak buat,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA, MULA!: Eric (kanan) melakukan upacara pelepasan peserta Larian Amal KLT 2018 di kampus KLT, semalam.
SEDIA, MULA!: Eric (kanan) melakukan upacara pelepasan peserta Larian Amal KLT 2018 di kampus KLT, semalam.
 ??  ?? PELEPASAN: Dr Rundi melepaskan acara larian 60 meter sambil disaksi Tero, Mangai (belakang kanan) dan Roslan, Marie (belakang kiri) serta yang lain.
PELEPASAN: Dr Rundi melepaskan acara larian 60 meter sambil disaksi Tero, Mangai (belakang kanan) dan Roslan, Marie (belakang kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia