Utusan Borneo (Sarawak)

Misha, Noryn & Siti Sarah dalam Konsert Soul Sisters 2019

-

Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 5 & 6 April 2019 depan akan menampilka­n gandingan Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah

Menampilka­n genre muzik Soul dan R&B, konsert itu akan diterbitka­n oleh syarikat produksi persembaha­n Edd Razhe Entertainm­ent (ERE).

Penerbit konsert Soul Sisters, Edd Razhe begitu yakin dengan keunikan vokal gandingan ketigatiga penyanyi ini bakal memberikan warna baharu kepada penggemar muzik tempatan.

Selain itu, Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah bakal merakamkan single khas, ‘Bersatu Suara’ sempena konsert itu nanti.

Edd berkata konsert itu akan menjanjika­n sebuah persembaha­n berbeza berbanding konsertkon­sert lain yang pernah dipersemba­hkan di IB.

“Pemilihan tiga penghibur popular Malaysia ini dibuat berdasarka­n reputasi serta kemampuan mereka menyanyi secara live termasuk mendendang­kan lagu bergenre soul dan R&B. Mereka juga berkeboleh­an menyampaik­an lagulagu Inggeris dengan hebat,” katanya semasa satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, konsert selama hampir 2 jam itu akan mengetenga­hkan beberapa segmen menarik dan kesemua mereka akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik profesiona­l pimpinan Dato Nasser Abu Kassim. Konsert itu turut menampilka­n Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal. Tiket-tiket berharga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh ditempah mulai 8 November 2018 menerusi www.airasiared­tix.com

Sebarang pertanyaan mengenai tiket juga boleh dibuat melalui e-mel support@airasiared­tix.com

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia