Utusan Borneo (Sarawak)

RM49,000 LESAP AKIBAT PERCAYA KONONNYA AKAUN BANK AKAN DIBEKU

-

KUCHING: Seorang pensyarah di sini kehilangan lebih RM49,000 selepas beliau ditipu oleh satu sindiket untuk mempercaya­i bahawa akaun banknya akan dibekukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Superinten­den Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, lelaki berusia 30 tahun itu membuat pemindahan wang secara dalam talian pada 8 November lepas ke sebuah akaun yang dibuka oleh sindiket tersebut.

Terdahulu katanya, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang bertanya sama ada beliau ada menerima sepucuk surat atau tidak tentang dakwaan rasuah, sebelum mangsa disambungk­an kepada seorang individu.

Individu tersebut memperkena­lkan diri sebagai pegawai dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberitah­u bahawa mangsa terlibat dalam satu kes pengubahan wang.

“Suspek (pegawai SPRM) kemudian meminta mangsa bekerjasam­a dengan polis dari Bukit Aman di mana panggilann­ya sekali lagi disambungk­an kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Dalam kedua-dua panggilan, mangsa diberi ‘taklimat’ tentang kes berkenaan (pengubahan wang) yang dikatakan melibatkan mangsa dan kemudian dimaklumka­n akaun banknya akan dibekukan.

“Dalam keadaan panik dan bimbang, mangsa melakukan transaksi bernilai RM49,758 menerusi perbankan dalam talian pada jam 6.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, di Bintulu, seorang kontroler komunikasi menanggung kerugian RM19,500 mengikut modus operandi yang sama.

Mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun, dihubungi pada 29 Oktober lalu oleh seorang lelaki menyamar sebagai seorang pegawai dari Mahkamah Melaka yang memberitah­unya bahawa mangsa terlibat dalam satu kes mahkamah dan perintah tahanan dan pembekuan aset sudah dikeluarka­n oleh mahkamah.

Seterusnya, mangsa diarah untuk membuat transaksi aset kepada dua akaun bank CIMB.

“Selepas diugut akan ditangkap dan asetnya dibekukan, mangsa memindahka­n RM16,000 ke dalam akaun pertama dan RM3,500 ke dalam akaun kedua,” katanya.

Mustafa turut memberitah­u, seorang individu dari Miri berjaya mengelak daripada diperbodoh­kan oleh sindiket berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia