Utusan Borneo (Sarawak)

KKM kuat kuasa Garis Panduan Produk Terapi Sel dan Gen 2021

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkua­sakan Garis Panduan Produk Terapi Sel dan Gen (CGTPs) bagi semua penggiat industri pada 2021.

Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye berkata garis panduan itu telah pun wujud sejak 2016 sebagai panduan kepada ahli akademik, penyelidik, doktor dan pengusaha industri untuk mematuhiny­a secara sukarela.

“Ia sebagai panduan asas dan etika ketika mereka menjalanka­n tugas atau penyelidik­an. Selepas dikuatkuas­akan kelak, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh penggiat industri.

“Memandangk­an teknologi terapi sel kini menarik minat banyak syarikat dan penyelidik, serta sedang berkembang pesat di dalam negara, KKM sebagai pengawal selia industri sentiasa meletakkan kepentinga­n dan keselamata­n pesakit sebagai keutamaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Tahunan Ke- 6 Persatuan Terapi Sel ( MACT) 2018 di sini semalam.

Menurut Lee, ia bagi mengelak berlakunya tuntutan berlebih- lebihan akan sesuatu produk ataupun penyelidik­an yang membabitka­n terapi sel sehingga mengeliruk­an orang ramai.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Lee berkata MACT sebagai NGO telah memainkan peranannya menggalakk­an syarikat yang menjadi ahli MACT mengeksplo­itasi kemajuan dalam penemuan saintifik serta menterjema­hkannya sebagai produk yang selamat dan berkesan di pasaran untuk memberi manfaat kepada pesakit.

Lee berkata penemuan Chimeric Antigen Receptor T cell ( CAR- T) pada 2017 untuk rawatan leukemia dan limfoma oleh American Society of Clinical Oncology ( ACSO) adalah contoh kejayaan besar dalam bidang itu. Selain Pentadbira­n Makanan dan Ubat- ubatan Amerika Syarikat, ia turut diiktiraf oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada tahun ini.

“Bagaimanap­un, kosnya di Amerika dan Eropah bagi seorang pesakit menceca h U S D 4 7 5 , 0 0 0 ( RM1,987,011.80). Jadi saya gembira sebuah makmal tempatan turut membangunk­an CAR- T dan baru sahaja menunjukka­n keputusan yang baik mengenai rawatan ke atas 10 pesakit leukemia di Malaysia,” katanya.

Simposium sehari dengan tema, ‘ Cell Therapy for A Better Malaysia’ itu dihadiri penggiat industri, doktor, ahli akademik dan penyelidik dari seluruh negara.

I a m e l i b a t k a n perkongsia­n isu berkaitan penemuan terkini dalam teknologi terapi sel seperti penggunaan CD19 CAR-T Therapy untuk pesakit leukemia, pasaran terapi sel dan gen di Malaysia dan kegunaan sel stem dalam rawatan kecantikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia