Utusan Borneo (Sarawak)

‘MISBUN LIMBANG’ TERUS HARUMKAN BADMINTON MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

-

KEJOHANAN Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 platform terbaik untuk anak Limbang ini yang juga peserta dari Malaysia Zaini Garip mengharumk­an nama negara di podium antarabang­sa.

Berusia 66 tahun, siapa sangka stamina Zaini atau lebih sinonim dengan gelaran ‘Misbun Limbang’ amat luar biasa apabila melakar lebih 30 kejayaan dalam sukan badminton di Sarawak, Malaysia dan luar negara sejak lebih 20 tahun.

Lebih manis, nama beliau kini menjadi sebutan apabila membuat kepulangan sempurna ke Sarawak dengan mencatat kemenangan dan mengejutka­n Malaysia selepas menjuarai APMG Penang 2018.

Beliau bersaing bagi kategori Perseorang­an Lelaki Terbuka umur 65 hingga 69 tahun di Pulau Pinang pada 11 hingga 15 September lepas yang turut disertai 15 pemain dari Indonesia, Australia, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat, China dan Malaysia.

Pada perlawanan suku akhir, Zaini menundukka­n lawan dari Australia Teik Guan Lim 21-7, 21-8 dan seterusnya mengalahka­n pemain dari Indonesia, Luddy Budiman, 21-9, 21-12 di separuh akhir.

Pada pentas final beliau bersaing dengan pemain Kanada Henry Paynter yang sebelum itu telah ditewaskan­nya pada perlawanan peringkat liga zon dengan kiraan mata 21-18, 21-7.

Bagaimanap­un perlawanan akhir dimenangi secara ‘walkover’ apabila pemain berkenaan gagal menghadirk­an diri atas sebab sebab tertentu.

Hadiah kemenangan disampaika­n Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan ADUN Sungai Pinang Lim Siew Kim.

Zaini yang berasal dari Kampung Nauran dan ayah kepada lima anak, pernah menempah sejarah sebagai johan perseorang­an MBA Internatio­nal Badminton Championsh­ip, Kuala Lumpur pada Mei 2010 untuk kategori umur 55 hingga 59 tahun.

Beliau juga merangkul gelaran johan perseorang­an dan bergu untuk kategori umur 60 hingga 64 tahun dalam Kejohanan ‘The Battle below the Wind, World Badminton Invitation’ yang diadakan di Kota Kinabalu pada 2015.

Pada Kejohanan ‘47th World Badminton Morning Cup’ yang diadakan di Taipei, Taiwan pada April lalu, Zaini mengulangi kejayaan selepas merangkul johan perseorang­an dan bergu bagi kategori umur 65-69 tahun.

“Saya berharap kejuaraan ini mampu dijadikan motivasi kepada generasi muda agar bergiat aktif mengharumk­an nama negara tanpa mengira peringkat usia kita,” katanya kepada Utusan Borneo pada pertemuan baru-baru ini.

Selepas APMG Penang 2018, Zaini tidak menunjukka­n sebarang tanda untuk memperlaha­nkan rentak memburu kejayaan mahupun menamatkan kariernya apabila menjuarai kategori Perseorang­an dan Bergu untuk pemain berumur 65 ke 69 tahun dalam Kejohanan Persekutua­n Badminton Cina Dunia Ke-25 2018 di Chengdu, China pada 1-4 November lalu.

Pada kejohanan itu, pingat emas dimenangi pasangaan Lee Sui Min dan Michele Chong dalam acara beregu campuran 45-49 tahun, Zaini (perseorang­an lelaki 65-69 tahun) dan gandingan Anthony Linggian/Zaini Garip dalam acara beregu lelaki 65-69 tahun selaku wakil Kelab Sabah Beverly Hill (KSBH).

Lee/Michele mengalahka­n pasangan Hunan China, Cai Yang Hong-Hen Guang Feng 31-19 manakala Zaini menumpaska­n jurulatih profesiona­l Chengdu, Deng Guang Min 31-15.

Zaini kemudianny­a menggandak­an gelaran juaranya apabila turut menjuarai acara beregu bersama Anthony dengan menumpaska­n pasangan Hua Yu Schuan-Ai Zheng Qiang/Li Ming An 31-30 untuk emas ketiga KSBH.

Menurut Zaini, kemenangan itu amat membanggak­an meskipun ditentang pemain handalan lain dari seluruh pelosok China.

Kejohanan Persekutua­n Badminton Cina Dunia berlangsun­g di Dewan Badminton Kebangsaan Sichuan Shuangliu yang dilengkapi dengan 88 gelanggang di beberapa bangunan.

Sebanyak 102 acara dipertandi­ngkan dengan disertai lebih 4,600 pemain dari 17 negara dengan lebih 7,000 keseluruha­n penyertaan berdaftar.

Pertanding­an itu melibatkan kira kira 4,600 peserta yang datang dari 17 negara yang kebanyakan­nya datang dari pelbagai kawasan di China.

Pada final perseorang­an Zaini bertarung sengit dengan aksi kejar mengejar mata sehingga mata ke-10.

Bagaimanap­un selepas itu, Zaini mendapat rentaknya untuk terus bangkit dan memenangi perlawanan itu dengan hanya membenarka­n lawan menambah lima mata.

Kemenangan mereka dalam acara beregu (lelaki 65-69 tahun) juga satu kejutan selepas mengharung­i cabaran getir berhadapan dengan pemain handalan dari Indonesia, Taiwan, Jepun dan tuan rumah China.

Walaupun ketinggala­n 3-9 kemudian 9-16 dan 20-24 mereka enggan mengaku kalah dan terus berjuang untuk mengutip lapan mata menjadikan kedudukan mereka di hadapan 28-24.

“Dengan sokongan padu penyokong yang memenuhi dewan, pasangan tuan rumah itu kembali mendahului 30-29 tetapi kami dapat menyamakan kedudukan untuk memberi tekanan kepada lawan,”ujarnya.

Kejayaan itu menunjukka­n Zaini adalah antara pemain berpotensi dalam cara perseorang­an lelaki dan menyasarka­n untuk terus beraksi pada kejohanan akan datang.

Pada pertemuan bersama Utusan Borneo baru-baru ini Zaini turut berkongsi remcam kejayaan yang dirangkuln­ya sejak berkecimpu­ng dalam sukan badminton lebih 20 tahun lalu.

Katanya, selain melibatkan diri dalam sukan badminton beliau juga aktif menabur bakti dalam Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBL) sejak 1981 dan terkini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PBL.

Zaini yang dilahirkan pada 14 September, 1952 memulakan penglibata­n dalam sukan badminton sejak sekolah rendah serta pernah menjadi wakil sekolah ke Kuching untuk kejohanan badminton pada 1968.

Beliau mendapat pendidikan Senior Cambridge Limbang sebelum memulakan kerja di Jabatan Kesihatan pada 1975 sebagai Penolong Pegawai Perubatan sebelum bersara pada 2010.

Zaini berkata, lebih 30 kali kemenangan dirangkuln­ya dalam sukan sama sejak lebih 20 tahun lalu.

Untuk rekod, beliau pernah memenangi acara perseorang­an/individu kategori veteran sebanyak empat kali di peringkat negeri ketika berusia 43 tahun, selain mewakili Sarawak sebanyak dua kali dalam kejohanan MAKSAK Negeri.

Lebih membanggak­an, Zaini pernah menjadi wakil Jabatan Kesihatan di peringkat negeri selama 22 tahun bermula pada 1990 hingga 2012, selain menjadi wakil di jabatan sama semasa berkhidmat di Wilayah Persekutua­n Labuan sebanyak dua kali.

“Saya pernah merangkul johan perseorang­an, bergu lelaki terbuka dan bergu veteran pada Pertanding­an Badminton Kelab Perubatan Sarawak yang dianjurkan di Limbang pada 2001 melibatkan pemain dari seluruh Sarawak.

“Malah semasa bertugas di Labuan, saya pernah mewakili Labuan di Peringkat Kebangsaan pada 2007, dengan menggondol johan Perseorang­an Lelaki Terbuka, Bergu Lelaki Terbuka dan Bergu veteran lelaki meskipun sudah mencecah usia 55 tahun,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? JULANG JUARA: Zaini (tengah) menerima hadiah kemenangan pada APMG Penang 2018 September lalu.
JULANG JUARA: Zaini (tengah) menerima hadiah kemenangan pada APMG Penang 2018 September lalu.
 ?? Oleh Mastura Ismail ?? CIPTA SEJARAH: Zaini bersama hadiah kejuaraan yang diterimany­a pada APMG Penang.
Oleh Mastura Ismail CIPTA SEJARAH: Zaini bersama hadiah kejuaraan yang diterimany­a pada APMG Penang.
 ??  ?? KOLEKSI BERHARGA: Sebahagian piala, pingat dan trofi yang dimenangi Zaini lebih 30 kejohanan sejak 20 tahun lalu.
KOLEKSI BERHARGA: Sebahagian piala, pingat dan trofi yang dimenangi Zaini lebih 30 kejohanan sejak 20 tahun lalu.
 ??  ?? BANGGA: Zaini menunjukka­n antara pingat emas yang dimenangin­ya dalam pelbagai kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.
BANGGA: Zaini menunjukka­n antara pingat emas yang dimenangin­ya dalam pelbagai kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia