Utusan Borneo (Sarawak)

Lagu ‘thank u, next’ Grande catat rekod baharu

-

LAGU perpisahan Ariana Grande, ‘thank u, next’ telah menjadi video muzik paling cepat mencapai 100 juta tontonan, seperti yang diumum oleh perkhidmat­an penyimpana­n video Vevo pada Selasa.

Lagu itu, yang dikeluarka­n selepas perpisahan yang banyak dihebahkan antara penyanyi berumur 25 tahun itu dengan tunang Pete Davidson, turut mengunggul­i carta Billboard selama tiga minggu, memberi Grande hit terbesar sepanjang tujuh tahun bergelar seorang penyanyi.

Vevo berkata, video ‘thank u, next’, di mana Grande menghasilk­an semula beberapa adegan dari filem-filem pemerkasaa­n wanita popular ‘Legally Blonde’ dan ‘Mean Girls’, mencapai 100 juta tontonan dalam tempoh kurang empat hari selepas dikeluarka­n pada 30 November.

Menurut Vevo, rekod terdahulu telah dipegang oleh video muzik kemunculan semula penyanyi British Adele, ‘Hello’ pada 2015, yang mengambil masa lima hari untuk mencapai 100 juta tontonan.

Video juga turut menampilka­n aktres ‘Legally Blonde’ Jennifer Coolidge, penyanyi Troye Sivan dan Kris Jenner, ibu kepada keluarga rancangan TV realiti Kardashian.

‘thank you, next’, telah dikeluarka­n hanya tiga minggu selepas Grande dan Davidson, yang bertunang pada Jun selepas bercinta kurang daripada dua bulan menjadi sensasi media selebriti, berpisah pada Oktober.

Grande, yang mempunyai 137 juta orang pengikut Instagram, menyanyi dengan rasa kasih kepada Davidson dan seorang lagi bekas teman lelaki, penyanyi rap Mac Miller yang meninggal dunia di Los Angeles pada September selepas pengambila­n dadah berlebihan, tetapi dia juga menyanyi bahawa dia telah menemui satu cinta baru - dirinya. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LAGU PERPISAHAN: Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2018 menunjukka­n Ariana Grande dan Pete Davidson tiba di acara Anugerah Muzik Video MTV 2018 di Radio City Music Hall, New York.
— Gambar Reuters LAGU PERPISAHAN: Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2018 menunjukka­n Ariana Grande dan Pete Davidson tiba di acara Anugerah Muzik Video MTV 2018 di Radio City Music Hall, New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia