Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes pecah rumah, curi direman lima hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman lima hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah mendengar permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Arjunan Sakaran dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Arjunan memberitah­u pada 12 September tahun ini, seorang lelaki telah membuat laporan polis dengan mendakwa rumahnya telah dipecah masuk oleh pencuri.

Dalam aduannya, pengadu, 27, mendakwa sekitar jam 11 pagi hari sama, beliau menyedari bahawa rumahnya yang terletak di Taman Wah Shin, Jalan Miri-Bintulu telah dipecah masuk oleh orang tidak dikenali dipercayai melalui pintu belakang yang dibuka secara paksa.

Pengadu yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati keadaan di dalam rumah berselerak, manakala beberapa barang seperti satu unit komputer riba, satu kabel elektrik, satu kamera litar tertutup, satu unit telefon bimbit dan satu unit pengisar telah hilang dipercayai dicuri.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM15,000.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 4.15 petang, 2 Disember lalu di tepi Jalan Raja di sini, polis berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Arjunan berkata reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 25 tahun dari Sepupok, Niah di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes dan membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari sehingga 9 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia