Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan didenda kerana guna dadah berbahaya

-

MIRI: Seorang banduan didenda RM2,800 atau lima minggu penjara oleh Mahkamah Majistret kerana menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Pek Thiam Chai, 60, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta- merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.35 petang, 27 November 2017 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an dia kini sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan lain.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia