Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki berteduh di rumah terbiar temui mayat reput

-

SARIKEI: Hasrat seorang lelaki untuk berteduh daripada hujan di sebuah rumah terbiar di Jalan Green, petang kelmarin telah membawa kepada penemuan satu mayat lelaki yang sedang membusuk dan mereput.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superinten­den Awang Alfian Awang Bujang berkata, mayat tersebut ditemui sekitar jam 5.30 petang.

“Berdasarka­n keterangan daripada lelaki terbabit, ketika berteduh di rumah itu dia tercium bau busuk dari kawasan bangunan terbabit.

“Didorong perasaan ingin tahu yang lebih lanjut berkaitan dengan bau terbabit, lelaki berkenaan meninjau kawasan tersebut dan terjumpa dengan mayat yang sedang membusuk dan mereput di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, lelaki terbabit telah bertindak menghubung­i pihak polis.”

Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sarikei telah bergerak ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

Menurut Awang Alfian, ketika tiba di lokasi pihak polis mendapati satu mayat lelaki berpakaian lengkap baju biru gelap dan seluar pendek hitam terbaring dalam keadaan mengiring ke kiri di salah satu bilik di tingkat atas rumah terbabit.

“Tiada sebarang inden- titi dan pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutny­a.

“Hingga kini, kes ini diklasifik­asikan sebagai kes mati mengejut se- mentara siasatan lanjut dijalankan,” tegasnya.

Awang Alfian turut menyeru mana- mana pihak atau keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka dimohon tampil untuk membuat laporan di Balai Polis Sarikei ataupun mana-mana balai berhampira­n bagi menjalanka­n proses pengecaman.

 ??  ?? LOKASI PENEMUAN: Di rumah terbiar inilah mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan membusuk dan mereput.
LOKASI PENEMUAN: Di rumah terbiar inilah mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan membusuk dan mereput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia