Utusan Borneo (Sarawak)

Jasad mangsa letupan dibawa balik ke Pulau Pinang hari ini

-

BUTTERWORT­H: Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityONE di Kuching, Sarawak kelmarin dijangka dibawa pulang ke rumah keluargany­a di Taman Kimsar di sini, hari ini.

Bapa saudaranya Hock Meng Chin berkata, jasad mendiang berusia 29 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang pada jam 7.30 malam ini dan seterusnya dibawa ke rumah keluargany­a terlebih dahulu untuk upacara penghormat­an terakhir sebelum upacara pengebumia­n.

“Upacara pengebumia­n anak saudara saya yang mesra dipanggil Steven itu akan dilakukan pada Sabtu dan semua anggota keluarga serta sahabat handai boleh hadir memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, ketika ini keluarga mangsa sedang menyelesai­kan urusan menuntut mayat Chin di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Katanya, difahamkan Chin ke Sarawak bagi menjalanka­n kerja-kerja pengubahsu­aian di se- buah restoran makanan Korea yang sepatutnya dibuka secara rasmi semalam.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa mendapati nenek mangsa yang berada di rumah itu enggan ditemu bual dan hanya memaklumka­n ibu bapa mangsa telah bertolak ke Kuching untuk urusan menuntut mayat Chin yang masih bujang.

Sementara itu, jiran keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa Chin sebaik dimaklumka­n oleh anaknya.

Katanya, mereka berjiran dengan keluarga Chin sejak 10 tahun lepas dan dia mengang- gap mangsa seperti anak sendiri.

“Steven anak sulung daripada tiga beradik, dia anak yang baik dan mesra dengan jiran-jiran di sini. Adik perempuann­ya belajar di Australia dan mereka baharu sahaja pergi ke Kuching melawatnya dua bulan lepas,” katanya yang memaklumka­n kali terakhir bertemu mendiang dua bulan lepas ketika pulang bercuti.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin itu, tiga lelaki maut dan 44 orang cedera.

Selain Chin, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, keduaduany­a dari Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia