Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah lawat kebun dalam bandar milik Sunrich Awesome Kuching Sdn Bhd

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam mengadakan lawatan kerja ke Sunrich Awesome Kuching Sdn Bhd, antara kebun dalam bandar di sini.

Kebun berkenaan mengguna pakai sistem hidroponik dan beroperasi di lot perindustr­ian dua tingkat di Sejingkat dekat sini.

Ia mula beroperasi Januari tahun lalu dan menanam 17 jenis salad hijau, lapan jenis sayuran tempatan, lapan jenis herba dan lima jenis mikro hijau.

Syarikat itu juga telah berjaya menanam tomato ceri dan timun Jepun menggunaka­n sistem menara luar rumah, ketika ini dalam cubaan menanam cili benggala ( bell pepper) merah dan hijau serta ‘zucchini’.

Menurut salah seorang pengarahny­a, Simon KS Yeo, sehari kebun itu berjaya mengeluark­an 10.41 kilogram sayur- sayuran dan 322.67 kilogram sebulan.

“Produk kami dijual di semua pasar raya dan restoran terkemuka di bandar raya ini,” katanya.

Tambahnya, Sunrich Awesome Kuching Sdn Bhd akan diperbesar­kan seiring dengan visi Kerajaan Sarawak untuk menjadi pengeluar makanan pada 2030.

“Kita juga merancang membangunk­an rumah hijau hidroponik luar rumah untuk mengurangk­an kos,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Dr Alvin Chai dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu.

 ??  ?? BERPOTENSI: Pengerusi Eksekutif Sunrich Awesome Kuching Sdn Bhd Lina Ding menunjukka­n timun Jepun yang ditanam menggunaka­n sistem menara di luar rumah. Turut kelihatan Simon.
BERPOTENSI: Pengerusi Eksekutif Sunrich Awesome Kuching Sdn Bhd Lina Ding menunjukka­n timun Jepun yang ditanam menggunaka­n sistem menara di luar rumah. Turut kelihatan Simon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia