Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk rumah panjang digesa elak perpecahan

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyeru penduduk di rumah panjang Sungai Mallang Sanin dekat sini, sentiasa bekerjasam­a dan bersatu bagi mengelak timbulnya masalah yang boleh membawa kepada perpecahan di kalangan mereka.

Penguang yang juga ADUN Marudi turut mengingatk­an bahawa perbezaan politik tidak seharusnya memecahbel­ahkan perpaduan serta persaudara­an mereka.

Kata beliau, terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n propaganda dan pembohonga­n serta hasutan yang boleh menimbulka­n kebencian dan salah faham dalam kalangan penduduk kampung, malah hingga ke laman sosial.

Sehubungan itu, Penguang turut menyeru penduduk rumah panjang untuk memberi sokongan penuh dan padu kepada Kerajaan Sarawak pimpi- nan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memperjuan­g hak dan melindungi kepentinga­n penduduk Sarawak.

“Pada masa yang sama untuk memahami aspirasi dan kehendak masyarakat negeri ini termasuk usaha dan perjuangan kita menuntut hak-hak Sarawak dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Penguang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Engkas, Sungai Mallang Sanin, Bakong, barubaru ini.

Menurut Penguang lagi, selain royalti minyak dan gas, perkara yang melibatkan hak Sarawak seperti pentadbira­n pihak berkuasa tempatan (PBT), penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) yang terdapat dalam perlembaga­an dan undang-undang akan terus diperjuang­kan GPS.

Turut diadakan demonstras­i memadam api oleh ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Engkas dan penyerahan borang keahlian baharu PDP.

Penguang kemudianny­a menyampaik­an geran projek kecil luar bandar berjumlah RM15,000 kepada JKKK Rumah Engkas, RM5,000 untuk Biro Wanitanya dan RM10,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai.

Turut menerima peruntukan ialah JKKK Rumah Kalum (RM3,000), Biro Wanita Rumah Nyegang (RM5,000) dan JKKK Rumah Christophe­r (RM10,000).

Majlis turut dihadiri isteri Penguang, Datin Monica Ukong Jaya, kedua-dua Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Alexander Asing dan Robert Ayu serta ketua kaum Tuai Rumah Engkas Enteri.

 ??  ?? MANFAATKAN: Penguang menyampaik­an cek bernilai RM15,000 kepada JKKK Rumah Engkas sambil disaksikan Alexander dan Robert Ayu (kanan).
MANFAATKAN: Penguang menyampaik­an cek bernilai RM15,000 kepada JKKK Rumah Engkas sambil disaksikan Alexander dan Robert Ayu (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia