Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTP untuk lima sekolah menengah siap tahun depan

-

MIRI: Kesemua Projek Transforma­si Luar Bandar ( RTP) yang diumumkan Kerajaan Sarawak berjumlah RM530,000 untuk lima sekolah menengah di sini dijangka siap tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, kelima-lima sekolah tersebut akan menerima kira-kira RM106,000 untuk menambah baik kemudahann­ya.

“Kita gembira kerana semua kerja pelaksanaa­n projek RTP sedang berjalan dengan lancar dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah (SM) Sains Miri semalam.

Ting berkata, peruntukan itu disalurkan kepada SMK St Columba, SMK St Joseph, SMK Chung Hua, SMK Agama Miri dan SM Sains Miri.

“Peruntukan RTP ini membuktika­n kerajaan negeri amat prihatin dengan keperluan mendesak pihak sekolah terutama menambah baik kemudahan sekolah,” jelasnya.

Ting berkata, bagi SM Sains Miri, peruntukan itu akan digunakan untuk membina pentas serta menaik taraf blok asrama.

“Hari ini kita lihat semua projek dalam pelaksanaa­n dan bagi SM Sains Miri, projek ini dijangka siap pada Mei tahun depan,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaa­n projek tersebut penting untuk memastikan para pelajar dapat menikmati kemudahan yang disediakan dengan selesa.

“Pendidikan menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri dan kita akan sentiasa menjaga kebajikan pendidikan anakanak kita,” jelasnya

Projek itu kini dalam pelaksanaa­n oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri.

Selain SM Sains Miri, Ting turut mengadakan lawatan ke SMK Luak Miri dan SMK Chung Hua Miri bagi meninjau projek RTP di sekolah terbabit.

Turut hadir Pengetua SM Sains Miri Mohd Dzul Badzli dan wakil JKR Miri Kudang Luang.

 ??  ?? PERUNTUKAN DISEDIA: Ting (enam kanan) bersama Dzul Badzli (empat kanan) bergambar bersama ibu bapa pelajar SM Sains Miri semasa meninjau projek RTP di situ semalam.
PERUNTUKAN DISEDIA: Ting (enam kanan) bersama Dzul Badzli (empat kanan) bergambar bersama ibu bapa pelajar SM Sains Miri semasa meninjau projek RTP di situ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia