Utusan Borneo (Sarawak)

Siasat dengan cepat insiden letupan di CityONE: Baru

Pastikan sama ada terdapat perlanggar­an prosedur keselamata­n, langkah pemulihan dapat diambil segera

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja serta pihak agensi berkaitan digesa menjalanka­n siasatan mereka dengan cepat terhadap insiden letupan di pusat beli-belah CityONE kelmarin (Selasa).

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, ia bagi memastikan sama ada terdapat sebarang perlanggar­an prosedur keselamata­n dan langkah-langlah pemulihan dapat diambil serta-merta.

“Saya terkejut mendengar berita tentang kejadian letupan di CityONE kelmarin (Selasa) dan sedih apabila mendapat tahu tragedi ini telah menyebabka­n kematian tiga pekerja dan lebih 40 orang cedera.

“Justeru, saya bersimpati dengan keluarga mangsa atas kehilangan mereka. Saya turut dimaklumka­n bahawa sebahagian daripada mangsa mengalami kecederaan parah dan berdoa agar mereka akan pulih sepenuhnya,” kata Baru dalam kenyataan medianya semalam.

Baru berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai punca dan isu-isu berkaitan memandangk­an siasatan masih dijalankan.

“Apa yang saya nak katakan, ketika melakukan kerja bangunan seperti pembinaan dan pengubahsu­aian, kontraktor mesti memastikan bahawa para pekerja adalah terlatih dan berkelayak­an,” katanya.

Dalam hal ini, ujarnya Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan di bawah Akademi Binaan Malaysia (ABM) perlu memainkan peranan.

“ABM menawarkan banyak kursus mengenai kemahiran vokasional dan teknikal dan oleh itu, saya menggalakk­an golongan belia dan pekerja mendaftar dalam program ini bagi meningkatk­an kemahiran mereka.

“Kontraktor juga digalakkan menghantar pekerja mereka dilatih dan diperakui. Dengan cara ini, kita dapat meningkatk­an tahap kemahiran pekerja dan seterusnya menaikkan standard industri pembinaan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Baru memuji pasukan penyelamat dan orang awam atas tindakan segera mereka dalam membantu mangsa yang cedera dan terperangk­ap dalam runtuhan selepas letupan tersebut.

“Sungguh menyentuh hati apabila orang ramai mengetepik­an kebimbanga­n mereka untuk membantu mangsa yang cedera dalam tragedi ini sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya.

Saya terkejut mendengar berita tentang kejadian letupan di CityONE kelmarin (Selasa) dan sedih apabila mendapat tahu tragedi ini telah menyebabka­n kematian tiga pekerja dan lebih 40 orang cedera. Baru Bian Menteri Kerja Raya

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia