Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan terperinci perlu berhubung insiden letupan di CityONE: Uggah

-

KUCHING: Siasatan terperinci perlu dilakukan segera berhubung insiden letupan yang meragut nyawa tiga individu di pusat beli-belah CityONE pada Selasa.

Sambil merakam takziah kepada keluarga mangsa bagi mewakili Kerajaan Sarawak, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau berharap laporan terperinci dapat disediakan secepat mungkin bagi mengelak insiden serupa berlaku pada masa dapan.

“Kejadian ini amat menyedihka­n, berlaku di tengah bandar raya Kuching. Kita berharap kita dapat menerima laporan seberapa cepat daripada bomba dan jabatan berkaitan supaya dapat meneliti semula segala proses dan prosedur mengapa perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ketika melawat tapak letupan di sini, malam kelmarin (Selasa).

Kejadian sekitar jam 3.30 petang itu mengorbank­an O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, masing- masing berasal dari Kuching serta seorang warga Pulau Pinang, Chin Hsien Loong, 29.

Dalam kejadian itu, dilaporkan 41 orang cedera termasuk empat yang cedera parah.

Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba turut digunakan untuk memastikan tiada lagi mangsa terperangk­ap dalam runtuhan yang dipercayai berlaku disebabkan letupan gas.

“Dari segi pandangan mata sekarang memang tak ada lagi (mangsa terperangk­ap). Tetapi mereka (pasukan penyelamat) mahu benar-benar memastikan tidak ada lagi mangsa kerana kejadian ini melibatkan nyawa,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n dan pemantauan pihak bomba katanya, insiden itu tidak menjejaska­n bahagian lain kompleks tersebut.

 ??  ?? MAKLUM BALAS: Uggah ketika menjawab pertanyaan media pada malam Selasa.
MAKLUM BALAS: Uggah ketika menjawab pertanyaan media pada malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia