Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa tercedera, waris tiga mangsa terkorban diberi bantuan kewangan

-

KUCHING: Bantuan kewangan akan diberi kepada mangsa tercedera serta waris tiga yang terkorban dalam insiden letupan di pusat beli-belah CityONE kelmarin (Selasa).

Perkara itu dimaklumka­n pemilik CityONE Stephen Long Tine Chung ketika ditemui di lokasi kejadian semalam yang turut menyaksika­n isterinya Sim Ewe Kee serta menantu lelakinya Johnny Lau Sie Yan tercedera dalam insiden berkenaan.

“Saya sangat bersedih dengan apa yang berlaku, amat sedih dengan insiden ini yang telah meragut tiga nyawa.

“Sekarang apa yang boleh saya lakukan ialah menjaga kebajikan mereka, melawat mereka di hospital dan menyediaka­n bantuan kewangan kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban,” katanya.

Long menambah, keselamata­n adalah keutamaan CityONE dan pekerja restoran Nene Chicken, dalam insiden letupan yang dikatakan berpunca daripada kebocoran gas ketika menyiapkan kerja pengubahsu­aian terakhir sebelum rantaian makanan segera itu dibuka secara rasminya semalam.

“Ramai mereka sangat teruja, tetapi satu letupan telah mengubah segala-galanya,” ujar Long yang juga pengarah Kenbest Sdn Bhd.

Selain mengurus pusat belibelah CityONe, beliau juga merupakan francais bertauliah rantaian Nene Chicken di Sarawak.

Mengimbau detik cemas itu, Long berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam, menantunya berada di dapur Nene Chicken dan melecur 20 peratus tetapi isterinya hanya cedera ringan.

Sementara itu anak lelaki Long, Jonathon yang ketika kejadian berada di dalam kedai, meminta maaf kepada orang ramai selepas bertindak agresif yang viral dalam media sosial.

“Ketika itu saya terkejut, segala-galanya runtuh di hadapan saya dan perkara pertama dalam fikiran saya ketika itu ialah kesalahan orang di dalam (kedai),” jelasnya.

Dalam kejadian itu, tiga maut dikenal pasti sebagai O Kui Lim, 49 dari Batu Kawa, Tchee Kiam Jong, 24 (Stutong) dan Chin Hsien Loong, 29 dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Manakala 44 lagi tercedera termasuk seorang pekerja binaan warga Indonesia berusia 29 tahun.

 ?? — Gambar Bernama ?? KAMI AKAN BANTU: Long ketika ditemu bual wakil media di pusat beli-belah CityONE semalam. semalam.
— Gambar Bernama KAMI AKAN BANTU: Long ketika ditemu bual wakil media di pusat beli-belah CityONE semalam. semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia