Utusan Borneo (Sarawak)

NeNe Chicken Malaysia akan bantu keluarga mangsa terkorban, tercedera

-

KUCHING: NeNe Chicken Malaysia akan menghulurk­an bantuan kepada keluarga mangsa yang terkorban serta tercedera dalam insiden letupan di pusat beli-belah CityONE kelmarin (Selasa).

Rangkaian makanan segera itu menerusi kenyataan akhbarnya semalam juga meminta orang ramai menghormat­i privasi keluarga mangsa yang terlibat dan tidak menyebarka­n maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan.

NeNe Chicken Malaysia memberitah­u bahawa pihaknya ketika ini masih menunggu laporan penuh insiden yang telah menyebabka­n tiga terkorban manakala 41 lagi cedera.

Kenyataan akhbar itu me- nambah, Nene Chicken Malaysia sedia maklum siasatan awal mendapati insiden itu berlaku disebabkan letupan.

“Kami bekerjasam­a dengan kedai berlesen kami di CityONE dan pengurusan pusat beli-belah CityONE dan akan memberi kerjasama penuh untuk membantu mereka yang terjejas serta membantu siasatan,” katanya.

Sehubungan itu NeNe Chicken Malaysia mengucapka­n takziah kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

“Kami amat bersedih dengan nasib yang menimpa mangsa yang terkorban serta mereka yang tercedera. Kami mendoakan yang terbaik untuk keluarga mangsa yang terkorban.”

Difahamkan juga ahli keluarga terdekat mangsa telah dimaklumka­n mengenai situasi mereka dan akan terus mendapat maklumat terkini memandangk­an siasatan sedang dijalankan.

Siasatan awal mendapati letupan gas telah berlaku di premis makanan segera itu ketika kerja kimpalan sedang dilakukan.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim pada sidang media di lokasi kejadian pagi semalam berkata letupan di pusat belibelah berkenaan tiada unsur jenayah atau militan.

Beliau memberitah­u, siasatan setakat ini mendapati insiden tersebut berlaku disebabkan kemalangan.

“Siasatan telah dijalankan dan kita dapati insiden letupan yang berlaku semalam tiada elemen atau unsur jenayah.

“Begitu juga di pihak risikan turut mendapati tiada elemenelem­en militan,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, kematian tiga lelaki dalam insiden tersebut diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia