Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran BERSATU di Sarawak disifatkan ‘tidak sesuai’

-

KUCHING: Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak barubaru ini tidak kelihatan baik di mata kebanyakan rakyat Sarawak, kata ahli majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau menyifatka­n kehadiran parti itu di Sarawak sebagai ‘ tidak sesuai’ dan tertanya-tanya mengapa parti tersebut merasakan bahawa ia perlu menjejakka­n kaki di negeri ini.

“Jika Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi BERSATU) mempunyai niat baik untuk Sarawak, saya tidak fikir ia sesuai untuk mereka membuka cawangan di mana sahaja di negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurut Ahmad lagi, kebanyakan yang menyertai BERSATU Sarawak adalah daripada parti-parti tempatan seperti PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

“Mereka adalah orang yang tidak berpuas hati dan tidak gembira kerana tidak memegang jawatan dalam parti masing- masing, jadi mereka mahu menubuhkan parti sendiri dan memegang jawatan tertentu.

“Bagi saya, mereka lebih berbahaya kerana mereka memecahkan pengundi Bumiputera di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata parti tempatan seperti PBB, SUPP, PRS dan Parti Demokratik Progresif (PDP) di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menekankan bahawa pakatan itu ‘mesra’ kepada kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanap­un, katanya PH seakan tidak menghormat­i GPS, berdasarka­n tindakan mereka yang kelihatan bertentang­an dengan hubungan tersebut.

“Selepas mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), mereka mula melakukan perkaraper­kara yang tidak baik seperti membalas dendam, apabila mengarahka­n Jabatan Penerangan untuk tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat daripada GPS.

“Sekiranya mereka boleh menunjukka­n bahawa kita bersahabat, maka sudah pasti hubungan antara kedua-dua pihak akan lebih baik,” ujarnya.

Ahmad turut menegaskan di bawah GPS, segala hak, budaya, tanah dan sumber di Sarawak akan dilindungi sepenuhnya dan pada masa sama, kebajikan rakyat turut dijaga dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia