Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang beri jaminan semua gereja dibantu ikut keperluan

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil memberi jaminan bahawa gereja tanpa memilih mazhab akan diberi bantuan, mengikut keperluan masing-masing.

Beliau akan meminta bantuan daripada Unit Hal Ehwal Agama Lain ( UNIFOR) bagi mendapatka­n sejumlah peruntukan untuk diagih kepada gereja dalam kawasan beliau di Marudi termasuk Gereja Holy Family, Long Lapok.

Penguang memberi jaminan tersebut semasa menyertai upacara misa Hari Ahad dan merasmikan sambutan praKrismas di gereja tersebut.

Turut serta isteri beliau Datin Monica Ukong, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai serta penganut Kristian di kawasan se- tempat yang bersembahy­ang di gereja berkenaan.

Pada majlis berkenaan Penguang turut menyampaik­an cek peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM15,000 untuk jawatankua­sa gereja tersebut bagi menampung dana mereka menjalanka­n aktiviti dan penyelengg­araan.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut mengharapk­an kerjasama dan semangat bersatu padu dalam kalangan penganut Kristian serta menyemai hubungan baik serta perpaduan dengan kaum-kaum lain dari latar agama serta kepercayaa­n berbeza.

“Jangan sesekali membawa isu politik ke dalam gereja kerana gereja adalah tempat untuk kita bersembahy­ang, beribadat kepada Tuhan dan gereja juga diadakan untuk penyatuan umat demi kea- manan dan keharmonia­n.

“Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berdoa untuk kebaikan diri kita dan keamanan serta perpaduan masyarakat kita, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Krismas yang bakal tiba,” katanya.

 ??  ?? CERIA: Ahli jawatankua­sa penganjur sambutan pra-Krismas Gereja Holy Family Long Lapok bergambar kenangan bersama Penguang dan isteri di hadapan gereja tersebut.
CERIA: Ahli jawatankua­sa penganjur sambutan pra-Krismas Gereja Holy Family Long Lapok bergambar kenangan bersama Penguang dan isteri di hadapan gereja tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia