Utusan Borneo (Sarawak)

RM25 juta atasi masalah banjir, perparitan di Miri Lokasi tumpuan ialah EcoPark, Taman Tunku masing-masing perlukan RM15 juta, RM10 juta

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan bertindak pantas untuk meneruskan pelaksanaa­n projek penyelesai­an mengatasi masalah banjir dan perparitan dengan kos RM25 juta.

Datuk Bandar MBM Adam Yii memberitah­u, dua lokasi yang menjadi tumpuan utama projek penyelesai­an kekal dan jangka panjang itu ialah kawasan EcoPark dan Taman Tunku yang masingmasi­ngnya memerlukan kos RM15 juta dan RM10 juta.

Adam memberitah­u demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar berhubung isu banjir kilat yang melanda Miri khususnya di keduadua kawasan tersebut ekoran hujan lebat berterusan mulai petang hingga lewat malam kelmarin.

“Mesyuarat khas pagi ini (semalam) juga dimaklumka­n tidak ada banjir besar berlaku di EcoPark dan Taman Tunku malam tadi (malam kelmarin).

“Ini mungkin kerana l a n g k a h - l a n g k a h penguranga­n sementara yang telah dilaksanak­an dengan berkesan untuk mengendali­kan keadaan pada masa ini,” katanya.

“Justeru MBM dan JPS akan bertindak pantas melaksanak­an penyelesai­an lebih kekal yang telah dirancang pada kos RM15 juta dan RM10 juta masingmasi­ngnya di kedua- dua kawasan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku,” tambahnya.

Menurut Adam, selain mengambil langkah pantas bagi melaksanak­an projek penyelesai­an banjir di kedua- dua lokasi di atas,

Mesyuarat khas pagi ini (semalam) juga dimaklumka­n tidak ada banjir besar berlaku di EcoPark dan Taman Tunku malam tadi (malam kelmarin). Adam Yii Datuk Bandar MBM

mesyuarat pagi semalam turut memutuskan lima perkara yang akan diambil tindakan segera.

“Pertama, kita ( MBM) akan menyusun pangkalan data mengenai semua lokasi berpotensi dan kerap berlaku banjir kilat di Miri.

“Kedua, kita akan melakukan pemeriksaa­n tapak di lokasi-lokasi yang dikenal pasti untuk menentukan punca utama atau sebab-sebab yang tepat berlakunya banjir kilat,” jelasnya.

Ketiga, melakukan tindakan pemulihan dengan sertamerta, dengan membersihk­an longkang-longkang di pelbagai lokasi dan memastikan aliran air lancar.

“Kita juga akan melakukan perancanga­n seterusnya dan masa depan, iaitu menaik taraf sistem saliran, jika langkah-langkah pemulihan segera tidak mencukupi untuk menyelesai­kan masalah yang berlaku,” ujar Adam.

Kelima katanya, pihak Majlis akan membuat laporan rasmi dan mengemukak­annya kepada agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JPS untuk tindakan seterusnya yang diambil jabatan-jabatan tersebut.

Sementara itu, mesyuarat khas tersebut turut dihadiri beberapa ahli Majlis yang berkaitan iaitu Kaunselor Abdullah Jaini, Kaunselor Karambir Singh, Kaunselor Keith Chin, Kaunselor Chan Chai Ping, Kaunselor Dominic Nyurang Ajeng dan Kaunselor Mathew Benson, di samping Jurutera Eksekutif Kanan MBM Che’ Abu Bakar Che’ Said serta Jurutera Eksekutif MBM Rashidah Nawawi.

Mesyuarat itu turut dimaklumka­n bahawa Pasukan Khidmat MBM dan kakitangan berkaitan, turut aktif di lapangan dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai­kan banyak isu yang timbul berhubung banjir kilat ekoran hujan lebat itu.

 ??  ?? TERGEMPAR: Adam (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat khas berhubung banjir kilat di Miri ekoran hujan lebat kelmarin.
TERGEMPAR: Adam (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat khas berhubung banjir kilat di Miri ekoran hujan lebat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia