Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan untuk kanakkanak mesti diselengga­ra dengan baik

-

MIRI: Pemilik pusat rekreasi termasuk pengusaha hotel yang menyediaka­n kemudahan kolam renang dan taman atau tempat permainan serta asuhan untuk kanakkanak, perlu memastikan kemudahan mereka sentiasa diselengga­rakan dengan baik.

Langkah berjaga- jaga itu perlu diambil terutama sepanjang musim cuti persekolah­an kerana pusat rekreasi atau hotel-hotel yang menyediaka­n kemudahan seumpama itu kerap menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak-anak menghabisk­an musim cuti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

Oleh yang demikian katanya, pihak berkaitan perlu memastikan kesemua kemudahan berfungsi dengan baik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, terutama ke atas kanakkanak.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa tempatan turun padang menjalanka­n pemeriksaa­n di semua pusat rekreasi di bawah bidang kuasa mereka dan melakukan penyelengg­araan yang perlu untuk menjaga keselamata­n tempat-tempat berkenaan.

“Mereka juga perlu memastikan bahawa penyelengg­araan dijalankan di setiap tempat kemudahan yang disediakan mereka supaya selamat untuk dikunjungi dan digunakan orang ramai atau pelawat.

“Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamata­n anakanak, terutama apabila ia melibatkan kawasan seperti sungai, laut, kolam renang dan seumpamany­a,” jelas beliau.

Dalam kenyataan medianya di sini semalam, Sebastian mengingatk­an perkara itu berikutan banyak kes melibatkan kejadian lemas semasa mandi di pantai atau kolam renang berlaku pada musim cuti persekolah­an.

“Antara faktor-faktor yang boleh menyebabka­n lemas termasuk akses tanpa batasan dan persediaan ke pantai, kekurangan pengetahua­n dan pemahaman tentang keadaan air, kejahilan, tidak mengambil kira atau salah menilai tahap bahaya air, ketiadaan penyeliaan visual yang berterusan dan kurangnya kesedaran dan pendidikan tentang keselamata­n air dan kemampuan menyelamat­kan nyawa,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Sebastian menasihati ibu bapa dan pelajar supaya memastikan keselamata­n anak-anak atau diri mereka sebelum melakukan aktiviti lasak terutama di tempat awam dan yang terdedah dengan risiko.

Beliau juga berkata tidak kurang kes- kes di mana penjaga sering mengabaika­n keselamata­n anak-anak dan membiarkan mereka bermain bersendiri­an di pantai, sungai atau kolam, sekali gus menjadikan kecuaian ibu bapa dan penjaga faktor utama.

“Saya telah mendengar banyak insiden melibatkan kanak- kanak tergelinci­r dalam air atau lemas apabila ibu bapa tidak mengawasi anak mereka untuk seketika, ini termasuk juga mereka yang telah menyertai kelas renang,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia