Utusan Borneo (Sarawak)

Pertunjuka­n amal Krismas di Miri Times Square esok

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( K G B S ) m e n g g e s a Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melantik beberapa sejarawan dari Sarawak ke jawatankua­sa yang ditugaskan mengkaji semula dan memperbaik­i kurikulum subjek Sejarah dan buku teks.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, ini bertujuan memastikan kandungan kurikulum sejarah yang diajar di sekolah-sekolah lebih holistik dan tepat terutama yang melibatkan sejarah Sarawak.

Katanya, KGBS menyokong penuh usaha KPM untuk membentuk jawatankua­sa ini seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru- baru ini.

“KGBS berpendiri­an bahawa sudah tiba masanya kurikulum Sejarah dikaji semula dan diperbaiki dengan fakta-fakta holistik terutama melibatkan sejarah Sarawak.

“Dalam hal ini, KGBS menggesa KPM melantik beberapa ahli dari Sarawak ke jawatankua­sa ini supaya kandungan kurikulum sejarah menjadi lebih tepat berbanding fakta yang ada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Maszlee berhubung penubuhan jawatankua­sa khas bagi meneliti dan memperbaik­i semula kukurikulu­m sejarah dan buku teks.

M e n u r u t M a s z l e e , jawatankua­sa khas tersebut akan bekerjasam­a dengan jawatankua­sa yang sedia ada serta ahli akademik dan pakar mengenai sejarah dalam negara ini dan luar negara.

Selain itu, kementeria­nnya juga akan mengadakan perbincang­an dengan ahli sejarah untuk mendapatka­n perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.

Dalam pada itu, Ahmad berkata terdapat segelintir penduduk Semenanjun­g Malaysia masih tidak faham bahawa Sarawak berada dalam Malaysia.

“Oleh itu, kadang-kadang kita mendengar segelintir rakyat di Semenanjun­g mengalu-alukan kedatangka­n rakan-rakan Sarawak mereka dengan ungkapan ‘Selamat datang ke Malaysia’.

“Ini memang ironik untuk kita, rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Justeru, KGBS yakin dengan pelantikan beberapa pakar sejarah dari Sarawak ke jawatankua­sa tersebut pasti akan membantu jawatankua­sa berkenaan memberi liputan tepat dan terbaik dalam sejarah Sarawak di Malaysia,” katanya

Katanya, penambahba­ikan kurikulum sejarah akan membawa perubahan sejarah yang holistik tanpa mengetepik­an fakta penting di Sarawak, yang wajar dikenal pasti oleh pelajar sekolah pada masa akan datang. MIRI: Sempena sambutan Krismas, Pantai Bayu Indah Sdn Bhd selaku pemaju projek hartanah Marina ParkCity akan menganjurk­an pertunjuka­n amal Krimas di Victoria Plaza, Miri Times Square di sini esok, 7 Disember.

A c a r a i n i b a k a l disempurna­kan Datuk Bandar Miri Adam Yii pada jam 4 petang.

Ia akan menampilka­n persembaha­n lagu-lagu Krismas dan tarian oleh kanak-kanak daripada rumah anak-anak yatim Miri Methodist Children Home, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) and Sunflower Miri.

Orang ramai dialu-alukan ke majlis ini.

 ??  ?? MENARIK:Hamden melawat pameran kraf oleh masyarakat Penan pada majlis itu.
MENARIK:Hamden melawat pameran kraf oleh masyarakat Penan pada majlis itu.
 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia