Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak di landasan betul laksana Pengurusan Pelaksanaa­n GPPD Hutan Lestari

-

KUCHING: Sarawak berada di landasan betul dalam melaksanak­an Pengurusan Pelaksanaa­n GPPD Hutan Lestari bagi syarikat yang mendapat konsesi.

Pengarah Jabatan Hutan SarawakHam­denMohamma­d berkata syarikat balak dalam dan sekitar kawasan Heart of Borneo (HoB) begitu responsif terhadap usaha kerajaan negeri untuk mengambil pensijilan pengurusan hutan.

Semalam, Hamden merasmikan Bengkel Projek Koridor Projek Kuba’anPuak 2018, sebuah projek oleh Borlin Unit Pengurusan Hutan ( FMU) milik Ta Ann Group, yang meliputi kawasan sekitar 360,000 hektar di antara Taman Negara Mulu, Taman Negara Pulong Tau dan Gunung Taman Negara Buda dalam HoB.

“Saya gembira untuk mengumumka­n bahawa Borlin FMU yang juga dikenali sebagai Kuna’anPuak FMU di Ulu Tutoh, Baram juga akan mendapat persijilan tersebut,” kata Hamden.

Program Kuba’anPuak bermula pada awal 2015 di mana WWF mendekati Jabatan Hutan mengenai gagasan yang menghubung­kan dua kawasan terlindung iaitu Gunung Mulu dan Taman Negara Pulong Tau dalam mewujudkan sambungan koridor.

Projek itu turut disokong WWF Jerman.

Idea itu kemudianny­a diwujudkan oleh Jabatan Hutan dengan WWF ke dalam HoB dan mempamerka­n projek sebagai model pengurusan hutan lestari di landskap hutan tropika di mana unsur- unsur utama persekitar­an, mesra alam sekitar, ekonomi dan sosial sedang diterjemah­kan dalam lapangan.

Melalui projek itu, kaum Penan dilibatkan dalam menguruska­n hutan Kuba’an-puak dengan cara yang mampan.

Hamden menegaskan bahawa projek itu diusahakan u n t u k m e w u j u d k a n hubungan antara mereka yang dilindungi di dalam HoB untuk memastikan bahawa populasi hidupan liar tertentu dapat merentas kawasan yang besar dan tidak terhad.

Beliau menambah kata, Kerajaan Sarawak baru-baru ini begitu komited untuk meningkatk­an keluasan kawasan HoB daripada 2.1 juta hektar kepada 2.7 juta hektar, menjadikan ia 6.8 juta hektar, iaitu 30 peratus kawasan di bawah HoB.

“Adalah penting untuk membentuk hubungan antara kawasan perlindung­an di Sarawak dan Sabah dan di Borneo secara keseluruha­nnya.

“Walaupun kerajaan sedang berusaha mencapai sasaran satu juta hektar kawasan yang dilindungi sepenuhnya, hutan bagi penghasila­n kayu juga mempunyai peranan penting dalam pemulihara­an dan memastikan kepentinga­n serta keperluan masyarakat tempatan tidak diabaikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia