Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran terima bantuan

-

MIRI: Mangsa kebakaran melibatkan beberapa rumah panjang di bawah Keuskupan Miri menerima bantuan daripada Perkhidmat­an Kebajikan Katolik (PKK) di Miri, Bintulu, Marudi, Baram dan Limbang.

Terbaharu, Ketua Paderi di St Michael Parish Batu Niah Francis Kulleh menyampaik­an sumbangan kepada penduduk Rumah Usek Sumpit di Sungai Keriuk Niah yang rumah mereka terbakar pada 24 November lalu.

Hadir sama Pengerusi PKK Miri Marcus Hugo Matu dan beberapa ahli exco termasuk Alexius N Munan (naib pengerusi) dan Henry Tanging (penolong setiausaha).

Marcus berkata, beliau menyampaik­an wang tunai hasil kutipan sembahyang Misa Ahad daripada St Michael Parish Niah manakala beliau sendiri menyampaik­an sumbangan makanan dan wang tunai kepada Tuai Rumah Usek.

Usek berkata, lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang 49 pintu itu musnah dijilat api.

Katanya buat masa ini, mangsa menumpang di rumah saudara-mara.

Selain Rumah Usek, PKK turut menyampaik­an bantuan kepada mangsa bencana alam sekitar Miri, Bintulu, Marudi dan Baram termasuk Limbang.

“Pada minggu lalu, kami menghantar 200 kotak pakaian terpakai termasuk makanan dan wang tunai kepada ketua kampung iaitu Martha Bilong untuk mangsa kebakaran 30 pintu rumah panjang Kenyah di Uma Bakung Sungai Asap, Belaga,” katanya.

Marcus menambah, usaha penghantar­an bantuan itu dijayakan dengan kerjasama Belaga Team Offroad 4x4 yang menyediaka­n 10 unit kenderaan pacuan empat roda untuk penghantar­an.

Minggu lalu, PKK Miri turut memberi bantuan makanan, keperluan asas dan wang tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Merikan Miri manakala PKK di Bintulu menderma kepada mangsa di Kampung Assykirin, Bintulu.

 ??  ?? TERIMALAH: Francis (tengah) diiringi (dari kiri) Henry, Alexius dan Marcus menyampaik­an bantuan kepada Tuai Rumah Usek, kelihatan sama mangsa kebakaran.
TERIMALAH: Francis (tengah) diiringi (dari kiri) Henry, Alexius dan Marcus menyampaik­an bantuan kepada Tuai Rumah Usek, kelihatan sama mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia