Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah bekalan air di pasar Bau, kawasan sekitarnya sudah diatasi

-

KUCHING: Kementeria­n Utiliti Sarawak melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ( JBALB) Sarawak telah menyelesai­kan masalah bekalan air di pasar Bau dan kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan akhbarnya dikeluarka­n kelmarin, masalah itu telah dilaporkan di akhbar tempatan baru-baru ini.

“Masalah bekalan air yang tidak konsisten berpunca daripada kebocoran paip di Jalan Selalang/Tondong dan Kampung Sibuluh akibat kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Kebocoran injap udara (single air valve) telah dikesan di Jalan Keranji yang berlaku antara 28 November hingga 3 Disember lepas.

“Kerja- kerja membaik pulih kebocoran paip dan injap tersebut telah dilakukan dengan kadar segera oleh pihak JBALB dan kontraktor Pan Borneo,” katanya.

Bagaimanap­un, pihaknya berjaya memulihkan bekalan air secara berperingk­atperingka­t di kawasan terlibat.

Pihak kementeria­n bersama JBALB menegaskan bahawa pihaknya amat komited memastikan segala gangguan bekalan air yang timbul diselesaik­an dengan segera.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna di kawasan yang terjejas,” tegasnya.

Sekiranya terdapat masalah gangguan bekalan air atau kebocoran paip di kawasankaw­asan tertentu, laporan serta aduan daripada orang awam amatlah dialu-alukan.

Selain itu segala perkembang­an terkini akan sentiasa dilaporkan dari semasa ke semasa dan segala pertanyaan boleh menghubung­i JBALB Bahagian Kuching di talian 082-203497.

 ??  ?? SUDAH DIBAIKI: Kebocoran paip di Jalan Selalang/Tondong pada 28 November lalu disebabkan tanah runtuh akibat kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, telah siap dibaiki pada 29 November.
SUDAH DIBAIKI: Kebocoran paip di Jalan Selalang/Tondong pada 28 November lalu disebabkan tanah runtuh akibat kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, telah siap dibaiki pada 29 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia