Utusan Borneo (Sarawak)

Audit 1MDB: Bekas KP beri keterangan 5 jam di SPRM

-

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad semalam memberi keterangan kira- kira lima jam di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

“Saya telah memberikan kerjasama penuh dan serahkan kepada SPRM untuk melengkapk­an siasatan,” kata Dzulkifli ketika ditemui media selepas memberi keterangan.

Beliau tiba kira-kira jam 10.25 pagi dan meninggalk­an premis berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Katanya beliau turut dimaklumka­n tidak akan dipanggil untuk memberikan keterangan lagi kerana siasatan terhadapny­a telah selesai.

Menurutnya, beliau juga bukan saksi utama siasatan seperti yang dilaporkan sebaliknya SPRM telah turut memanggil seramai 15 individu lain untuk membantu siasatan.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahka­n laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu perkara itu.

Antara lain Madinah mendedahka­n bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Pada 26 Nov, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang hadir memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan itu.

Ambrin sekali datang ke SPRM semalam pada kirakira jam 2 petang dipercayai bagi tujuan sama.

Dzulkifli dalam pada itu menjelaska­n kehadirann­ya pada mesyuarat laporan akhir audit 1MDB pada Februari 2016 itu adalah sebagai Pegawai Undang- Undang dari Jabatan Peguam Negara setelah diarahkan mewakili jabatan dan bukannya atas kapasiti sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM.

Katanya beliau adalah individu yang dimaksudka­n Madinah dalam laporan tersebut sebagai mewakili Jabatan Peguam Negara.

“Jadi setakat itu saja penglibata­n saya dalam isu sepertiman­a yang dilaporkan dalam laporan audit tersebut,” katanya.

Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantik­an Tan Sri Abu Kassim Mohamed. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Dzulkifli hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dipercayai bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Dzulkifli hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dipercayai bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia