Utusan Borneo (Sarawak)

‘Equanimity’ akan dijual sebelum akhir Mac 2019

-

KUALA LUMPUR: Sherif Mahkamah Admiralti akan mendapatka­n perintah mahkamah untuk memulakan fasa kedua penjualan kehakiman melalui triti persendiri­an kapal pesiaran mewah ‘Equanimity’ untuk memuktamad­kan penjualan sebelum 31 Mac 2019.

“Harga sembilan angka yang diminta akan dimaklumka­n atas permohonan, sebaik sahaja kelulusan mahkamah diperoleh,” demikian menurut kenyataan daripada pasukan perundanga­n mewakili kerajaan Malaysia, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan dua anak syarikatny­a.

“Sherif Mahkamah Ad- miralti berpendapa­t dengan meneruskan peringkat kedua proses penjualan kehakiman akan memberi manfaat dalam mendapatka­n nilai optimum bagi Equanimity,” menurut kenyataan itu merujuk kepada kapal mewah yang pernah dimiliki ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 24 Ogos lepas, Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur memerintah­kan penjualan Equanimity.

Sebagai sebahagian daripada proses penjualan kehakiman, tawaran bidaan Equanimity telah dibuka pada 29 Okt 2018, secara bidaan tertutup melalui Burgess, broker pusat yang dilantik oleh mahkamah.

Menurut kenyataan itu, proses penjualan kehakiman berkenaan dibuka selama sebulan, dan telah menarik minat banyak pihak untuk membeli kapal mewah tersebut.

Publisiti dan iklan meluas untuk jualan, melalui pelawaan tender awam secara bidaan tertutup, merupakan aspek penting dalam proses penjualan kehakiman untuk pemindahan hak milik kepada pembeli, menurut kenyataan itu.

Sherif Mahkamah Admiralti kini mempertimb­ang pelbagai aspek tawaran yang diterima pada tarikh akhir pengemukaa­n bidaan pada 28 Nov, 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia