Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rusuhan kuil: 14 lagi direman, tiga individu disambung reman

-

PETALING J AYA: Mahkamah Majistret di sini, semalam mengeluark­an perintah reman antara satu hingga empat hari terhadap 14 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Isnin minggu lalu.

Majistret Mohd Ikhwan Mohd Nasir mengeluark­an perintah reman tersebut.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 ( melakukan khianat) dan Seksyen 447 (penceroboh­an jenayah).

Sementara itu, Mohd Ikhwan turut melanjutka­n tempoh reman antara satu hingga enam hari terhadap tiga suspek bagi membantu siasatan kes sama.

Kesemua suspek berusia 18 tahun hingga 40 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan jingga.

Kelmarin, seramai empat lelaki, termasuk seorang pegawai keselamata­n syarikat pemaju, One City Developmen­t Sdn Bhd (One City) yang didakwa terbabit dalam insiden itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merusuh dengan menggunaka­n senjata ber- bahaya.

Sementara itu, dua lagi lelaki yang terlibat dalam insiden sama turut masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM5,000 atas tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai, mengabaika­n perintah polis yang menyelia lalu lintas di sekitar kawasan kuil tersebut serta gagal mengemukak­an kad pengenalan diri.

Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata jumlah mereka yang ditahan berhubung insiden rusuhan itu meningkat kepada 99 orang setakat jam 9 pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia