Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah putuskan kemenangan kerusi Cameron Highlands batal

-

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) semalam menerima pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan mencipta sistem penuaian air hujan (SPAH) terbesar bagi kategori makmal di Makmal Hidraulik dan Instrument­asi Nahrim (MHI).

Pengarah MHI Ir Dr Safari Mat Desa berkata SPAH dicipta dan dibangunka­n pada 2008 bagi mengetenga­hkan konsep penggunaan air hujan dari sumber tadahan sekitar MHI air hujan sama diguna semula untuk kegunaan berulang.

“Sistem ini merupakan hasil kajian NAHRIM sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira RM100,000 bagi pemasangan SPAH.

“SPAH menggunaka­n air hujan 100 peratus dan permukaan tadahan bumbung bangunan MHI dengan saiz tadahan maksimum 12,000 meter padu dijadikan kawasan tadahan air hujan,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Seminar Kebangsaan Aplikasi Pemodelan Fizikal dan Teknologi (PHYMAT) serta Pameran Penciptaan dan Inovasi Hidraulik (HydrauLIIS) 2018 di NAHRIM semalam.

Safari berkata sistem agihan di permukaan tadahan turut dilengkapi dengan sistem ‘gutter’ dan salur tegak yang mengumpul air hujan dari pengumpula­n permukaan dan memindahka­nnya ke kemudahan sedia ada.

Mengulas lanjut, katanya SPAH digunakan di fasiliti MHI iaitu ‘model’ pelabuhan dan pangkalan, pantai dan muara, ‘flume’ dua dimensi dan ‘flume’ pelbagai fungsi (bagi kajian interaksi ombak dan arus).

“Dengan SPAH, ia dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sistem bekalan air awam untuk tujuan pemodelan fizikal serta menyediaka­n bekalan air tambahan untuk kegunaan waktu kecemasan.

“Ia juga berjaya membantu NAHRIM dalam penjimatan kos bil air iaitu menjimatka­n kira-kira RM18,000 setahun, selama lapan tahun hingga kini,” katanya dan menambah SPAH memberi pelbagai impak kepada alam sekitar.

Beliau berkata ia juga meningkatk­an produktivi­ti kerana tidak mengakibat­kan proses kerja terganggu jika bekalan air awam terputus dan menjimatka­n guna tenaga manusia kerana hanya memerlukan seorang pengendali sahaja.

Terdahulu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang merasmikan seminar tersebut menyaranka­n NAHRIM menganjurk­an simposium antarabang­sa pada 2020 mengenai perubahan iklim dengan menggabung­kan kepakaran universiti tempatan dan para penyelidik untuk membentang­kan hasil kajian.

K e m e n t e r i a n a k a n menyokong sepenuhnya bagi membolehka­n simposium tersebut diadakan, di samping menggalakk­an penglibata­n penyelidik tempatan dalam perkara tersebut, katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Dr Xavier turut mengalu- alukan penglibata­n para penyelidik dan institusi berkaitan yang boleh membawa inovasi baharu untuk menghadapi perubahan iklim selain menyumbang kepada pemulihara­an negara.

Seminar PHYMAT kelima ini merupakan acara dwitahunan bertujuan mengumpulk­an kesemua pakar di bawah satu bumbung bagi membentang­kan hasil kajian dalam bidang pemodelan fizikal manakala HydrauLIIS yang julung kali diadakan menjadi hab pengumpula­n produk inovasi hidraulik yang dihasilkan para penyelidik.

Sementara i tu, sijil pengiktira­fan ciptaan rekod diserahkan oleh Dr Xavier kepada Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM Ir Mohd Fauzi Mohamad disaksikan dua pegawai MBOR. — Bernama KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh diarah meninggalk­an sidang Dewan Rakyat buat sementara semalam selepas statusnya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands menjadi tanda tanya ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini.

Kehadirann­ya dipersoal RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran membuat penggulung­an peringkat jawatankua­sa Belanjawan 2019 bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat, kira-kira 10 minit sebelum dewan berhenti rehat.

“Mahkamah putuskan kerusi Cameron Highlands dilapangka­n kerana pada pilihan raya umum lalu terdapat unsur rasuah melibatkan Cameron Highlands.

Keputusan itu masih lagi kekal. Dewan ini tidak dimaklumka­n apa-apa keputusan baharu.

“Saya ingin tarik perhatian pengerusi (Speaker Dewan Rakyat) atas dasar apa Cameron Highlands boleh masuk dan duduk di tempat beliau, kita patut hormati keputusan mahkamah,” kata Rayer.

Atas celahan berkenaan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bertanya kepada Sivarraajh sama ada keputusan mahkamah berkenaan disekalika­n dengan perintah penggantun­gan sementara.

Menjawab soalannya, Sivarraajh berkata beliau tidak pasti sama ada beliau boleh hadir ke Dewan Rakyat atau sebaliknya.

“Saya tidak pasti, tapi saya ada 14 hari (untuk membuat rayuan),… penggantun­gan sementara (sepatutnya) automatik bila saya buat rayuan,” katanya.

Menganggap perkara ini sebagai satu perkara penting untuk ditentukan dengan jelas, Mohamad Ariff kemudian mengarahka­n supaya Sivarraajh meninggalk­an Dewan Rakyat buat sementara sehingga beliau mendapatka­n nasihat peguam pakar.

“Saya ingin nasihatkan Cameron Highlands jumpa peguam pakar untuk putuskan sama ada rayuan difailkan secara automatik akan mengakibat­kan penggantun­gan (sementara) keputusan mahkamah, ini penting.

Jika tidak ada penggantun- gan sementara, (maka) anda adalah orang asing di Dewan Rakyat

“Untuk sementara waktu sila tinggalkan Dewan, dapatkan nasihat peguam dan berikan kepada Speaker,” katanya.

Sivarraajh yang ditemui pemberita di lobi parlimen berkata beliau telah mendapatka­n nasihat pakar memaklumka­n selagi Mahkamah Tinggi tidak menghantar notis penghakima­n kepada Speaker bahawa kerusi Cameron Highlands dikosongka­n, beliau masih lagi ahli parlimen digazetkan dan masih boleh hadir ke Dewan Rakyat.

“Saya akan jumpa Speaker untuk jelaskan,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytih­arkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu. — Bernama

Datuk C. Sivarraajh Ahli Parlimen Cameron Highlands

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia