Utusan Borneo (Sarawak)

Hentikan jual air guna tin kitar semula: KKM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) meminta peniaga makanan menghentik­an penggunaan bekas tin susu yang dikitar semula dalam penyediaan minuman kerana boleh mendatangk­an risiko kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarka­n Peraturan 27 iaitu Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan bungkusan yang boleh mengeluark­an bahan beracun, merosakkan, mencacatka­n atau yang membantu dalam pemerosota­n kualiti makanan adalah dilarang.

“Kebersihan tin kitar semula diragui kerana sukar dibersihka­n dengan sempurna disebabkan reka bentuk tin dan kemungkina­n terdapat permukaan tin yang kemik selain boleh mencederak­an pengguna semasa minum akibat permukaan yang tajam.

“Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandung­i bahan yang memudaratk­an kesihatan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, peniaga hendaklah menggunaka­n bekas minuman yang ber- sesuaian dengan jenis minuman bagi mengelakka­n pencemaran makanan dan risiko kepada kesihatan.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung sebuah kedai makan di Pulau Pinang dipercayai menghidang­kan minuman kepada pelanggan menggunaka­n bekas tin susu yang dikitar semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia