Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ustaz selebriti’ perlu beramanah dan berdisipli­n dalam menyebar dakwah

-

MELAKA: Pendakwah bebas atau ‘Ustaz selebriti’ yang menggunaka­n medium laman sosial dalam menyampaik­an ceramah agama dinasihat agar beramanah dan berdisipli­n dalam menyebarka­n dakwah bagi mengelak berlakunya salah faham dan penipuan dalam ilmu agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata satu pemahaman perlu dibuat bagi menentukan takrifan terhadap ‘ Ustaz selebriti’ agar masyarakat dapat membezakan antara ustaz yang benar- benar berkelayak­an dalam bidang ilmu agama dan tidak hanya berceramah mengikut tafsiran yang sempit atau bermotifka­n politik.

“Kalau merapu, tidak boleh (digelar ustaz) selebriti. Ia perlu diletak pada satu taraf… piawaian. Maksud selebriti dengan amanah ilmu, baharu kita letak maksudnya (ustaz selebriti).

“Masyarakat juga perlu lebih bijak menilai kerana itu lebih baik, jangan hanya obses mahu belajar tanpa mengetahui ustaz itu tanpa ada disiplin ilmu,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada program persidanga­n antarabang­sa, World Zakat Forum (WZF) kali ketujuh di sini, semalam.

Mujahid berkata ustazustaz yang memberikan ilmu perlu beramanah dan caranya ialah ia ada disiplin ilmu seperti kemas bahasa Arab, fahami maksud hadis atau ayat al-Quran dan sejauh mana ilmu dan pemahaman dalam menbuat tafsiran dalam konteks hari ini.

“Sekiranya ustaz tidak mempunyai ilmu itu ia akan membawa kepada tafsiran yang rigid (jumud) dan akan membawa kesan yang lebih buruk iaitu boleh membawa kepada penipuan dalam penyebaran ilmu agama.

Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata, dari sudut penguatkua­saan, tanggungja­wab itu di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masingmasi­ng untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia