Utusan Borneo (Sarawak)

Bertindak segera agar layak nikmati kadar penalti rendah iaitu 10 dan 15 peratus

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) menasihatk­an pembayar cukai tidak mengabaika­n surat atau e-mel mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela yang mereka terima.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel program itu hendaklah mengambil tindakan segera dengan membuat semakan terhadap rekod percukaian mereka dan mengisytih­arkan semua pendapatan serta perbelanja­an yang betul dalam tempoh tawaran program ini iaitu dari 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019.

“Ini bagi melayakkan mereka menikmati pengenaan kadar penalti yang rendah iaitu hanya 10 peratus dan 15 peratus atas

Pengakuan sukarela yang dibuat oleh mereka dalam tempoh program ini juga akan diterima secara suci hati tanpa pertanyaan lanjut daripada pihak LHDNM.

amaun cukai yang kena dibayar.

“Pengakuan sukarela yang dibuat oleh mereka dalam tempoh program ini juga akan diterima secara suci hati tanpa pertanyaan lanjut daripada pihak LHDNM,” kata kenyataan itu.

Pada pembentang­an Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n Program Khas Pengakuan Sukarela sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakk­an pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytih­arkan pendapatan dan seterusnya berupaya mengurangk­an ketirisan hasil negara.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut lagi LHDNM kini sedang dalam proses menghantar surat dan e-mel tersebut kepada lebih 8.3 juta pembayar cukai yang berdaftar.

Antara kriteria pembayar cukai yang akan menerima surat atau e- mel berkenaan ialah pembayar cukai berdaftar tetapi dikesan belum pernah mengemukak­an Borang Nyata Cukai Pendapatan ( BNCP) dan pembayar cukai berdaftar tetapi gagal mengemukak­an BNCP secara teratur (terdapat BNCP bagi mana-mana tahun taksiran yang gagal dikemukaka­n).

Selain itu, pembayar cukai berdaftar yang telah mengemukak­an BNCP tetapi dikesan mempunyai isu pematuhan cukai seperti keraguan amaun pendapatan (terkurang isytihar pendapatan) atau keraguan amaun perbelanja­an dan pelepasan cukai yang dituntut (terlebih tuntut).

“Selepas tempoh program ini tamat iaitu mulai 1 Julai 2019 pemeriksaa­n lanjut boleh diambil oleh LHDNM melalui tindakan audit atau siasatan dan penalti yang tinggi antara 80 peratus hingga 300 peratus akan dikenakan,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, bagi mengelak terjebak dengan sebarang sindiket penipuan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pelaksanaa­n program ini, pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel makluman program tersebut boleh mendapatka­n pengesahan lanjut terlebih dahulu.

Pembayar boleh mengunjung­i pejabat LHDNM yang berhampira­n; menghubung­i Hasil Careline LHDNM di talian 1- 800- 88- 5436 atau 603-7713 6666 (Luar Negara); atau menghantar e- mel pertanyaan kepada: pengakuans­ukarela@ hasil. gov.my. — Bernama

Kenyataan LHDNM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia