Utusan Borneo (Sarawak)

PM teliti punca 52 pegawai digugurkan kursus khas PTD

-

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meneliti punca seramai 52 pegawai kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik ( PTD) digugurkan daripada program itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu manamana pihak menjadi mangsa dalam usaha kerajaan mengurangk­an kos pentadbira­n negara.

“Kita akan selidik perkara ini. Kita tak nak sesiapa jadi mangsa dalam usaha kita untuk kurangkan kos pentadbira­n negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Kesatuan Pekerja- Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau mengulas isu 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas PTD digugurkan daripada pro- gram itu.

NSTP sebelum ini melaporkan mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak yang secara automatik kehilangan pekerjaan manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama masing-masing dengan kadar segera.

Penamatan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menaikkan gred lulus daripada B kepada A- bagi program Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA).

Kursus diploma selama 10 bulan itu membabitka­n sejumlah 86 peserta.

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan daripada kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan 20 pemegang ijazah sarjana. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Mahathir (kiri) hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Kesatuan PekerjaPek­erja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjun­g Malaysia (UPUS) ke-21 di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Mahathir (kiri) hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Kesatuan PekerjaPek­erja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjun­g Malaysia (UPUS) ke-21 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia