Utusan Borneo (Sarawak)

PTPTN hubungi enam agensi untuk laksana PGB

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasam­a dengan enam agensi bagi mendapatka­n maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam untuk melaksanak­an Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari depan.

Pengerusin­ya Wan Saiful Wan Jai berkata agensi terbabit ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Persaraan, Jabatan Akauntan Negara, Urusan Gaji Angkatan Tentera dan Jabatan Perkhidmat­an Awam.

PGB ini adalah untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan dan berdasarka­n maklumat yang diperoleh, PTPTN akan mengeluark­an arahan potongan gaji mengikut peratusan tertentu kepada majikan dan majikan bertanggun­gjawab membuat potongan itu, ka- tanya kepada pemberita, di sini semalam.

Wan Saiful berkata PGB lebih adil kerana dapat memastikan mereka yang kurang berada tidak terbeban sementara yang kaya pula tidak boleh mengambil kesempatan.

Katanya, bagi peminjam berpendapa­tan RM2,000RM2,499.99, dia perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapa­tan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75RM89.99).

Peminjam berpendapa­tan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus ( RM150- RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320RM479.99); RM6,000RM7,999.99 ( 10 peratus iaitu RM600- RM799.99) dan bagi yang berpendapa­tan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.

Pada pembentang­an Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n pelaksanaa­n PGB antara 2.0 hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang menerima lebih RM1,000 sebulan selain pengecuali­an bayaran bagi golongan B40 sekiranya graduan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Bagaimanap­un minggu lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata pemotongan gaji bagi peminjam berpendapa­tan melebihi RM2,000 sebulan akan dilaksanak­an bermula Januari ini.

Beliau turut mengumumka­n kerajaan memutuskan pengecuali­an bayaran balik bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama diperluas kepada isi rumah golongan pertengaha­n M40.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata bagi peminjam yang tidak termasuk dalam penggajian mana-mana majikan, mereka dikehendak­i membuat pengesahan maklumat pendapatan melalui portal PTPTN bagi membolehka­n mereka menikmati kemudahan ansuran bayaran balik berdasarka­n peratus pendapatan.

Bagi peminjam yang berpendapa­tan bawah RM2,000 sebulan, mereka tidak perlu membayar sehingga gaji mereka mencecah RM2,000.

Kira- kira 225,000 peminjam dikenal pasti berpendapa­tan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini.

Bagi menggalakk­an majikan yang membantu membayar PTPTN untuk pekerja sepenuh masa, majikan layak menikmati potongan cukai ke atas jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran mahupun sekali gus.

“Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apaapa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah bayaran dibuat,” katanya.

Katanya majikan boleh menjadikan penyelesai­an hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif merekrut pekerja baharu.

Sementara itu, Wan Saiful berkata bagi peminjam yang tidak mempunyai majikan tetapi ingkar walaupun mampu, mereka akan dikenakan tindakan.

“Jika sebelum ini kita memansuhka­n hukuman memasukkan nama mereka dalam senarai hitam imigresen ( tidak dibenarkan keluar negara), hukuman menyenarai­kan nama mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat )CCRIS) serta saman tetap dilaksanak­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia