Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan wajib carum PERKESO pekerja asing mulai 1 Januari 2019

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia akan mewajibkan pihak majikan membuat caruman Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) untuk 1.8 juta pekerja asing mereka bermula 1 Jan 2019.

Menterinya M. Kula Segaran berkata, perkara itu diluluskan kabinet, di mana tempoh setahun akan diberi kepada majikan bermula 1 Jan 2019 hingga 1 Jan 2020 untuk mereka menyelesai­kan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mula mendaftark­an mereka dengan caruman itu.

“Bermula 1 Jan 2019, majikan perlu mencarumka­n pekerja asing mereka dengan caruman PERKESO dan ini melibatkan seramai 1.8 juta pekerja asing yang ada dalam negara, tetapi majikan akan diberi tempoh setahun untuk mereka menyelesai­kan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mendaftark­an mereka dengan PERKESO.

“Dalam tempoh setahun itu juga, PERKESO akan turun padang bagi memberi konsultasi dan membantu pihak majikan berkaitan urusan bayaran pampasan tertunggak dan pendaftara­n caruman pekerja,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di bangunan parlimen semalam.

Mesyuarat itu turut diha- diri Presiden Persekutua­n Majikan- majikan Malaysia ( MEF) Tan Sri Azman Shah Haron dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja ( MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Pihak kementeria­nnya juga bercadang untuk meminda beberapa akta pekerjaan dan ia akan dirunding dengan pihak majikan dan pekerja sebelum dibawa dan dibentang di Parlimen, kata Kula Segaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia